Sabtu, 17 September 2022

Soal Jawab Nikah Siam

Q & A Nikah Siam
Soalan: Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa persiapan yang kami perlu buat?
Jawapan: Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila maklumkan pada pihak kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih awal. Sediakan passport antarabangsa terlebih dahulu untuk memasuki negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh pasangan.

Soalan: Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?

Jawapan: Pasangan akan dibawa dari Imigresen Bukit Kayu Hitam menuju ke Majlis Agama Islam Songkhla. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah juga adalah seperti majlis akad nikah di Malaysia. Selesai urusan nikah, pasangan akan terus dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel dan terus ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami.


Soalan: Berapakah harga untuk pakej pernikahan di Thailand/ Siam?
Jawapan: Untuk PAKEJ 2 Hari 1 Malam bagi pernikahan di Thailand, kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,800. Bayaran ini adalah termasuk kos pengangkutan & penginapan, bayaran di Majlis Agama Islam Thailand, bayaran di Pejabat Konsulat, fotostat dokumen serta makan tengah hari untuk pasangan. Termasuk semua bayaran berkaitan urusan pernikahan. Tiada sebarang bayaran tambahan. 
Soalan: Sekiranya kami memilih untuk pakej nikah balik hari pula, berapa bayarannya?
Jawapan: Untuk PAKEJ 1 Hari kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,300. Tiada sebarang bayaran tambahan.

Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
Jawapan: Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja. Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.
Soalan: Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
Jawapan: Boleh. Pasangan boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.
Soalan: Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?
Jawapan: Boleh. Namun, pasangan dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia untuk jaminan masa hadapan suami isteri serta anak-anak (pembahagian nafkah, harta pusaka dan sebagainya). Pendaftaran nikah luar negara boleh di buat pada bila-bila masa sahaja.
Soalan: Bagaimana prosedur pendaftaran nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?
Jawapan: Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.
Soalan: Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?
Jawapan: Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia ataupun pernikahan tersebut dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf (Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja). Pasangan perlu memastikan bahawa Imam Jurunikah tersebut mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia (senarai Imam Jurunikah tersebut boleh didapati di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia).


Soalan: Adakah akad nikah boleh dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama. Contohnya begini; Saya dan pasangan telah bernikah di luar negara dan perkara ini tidak diketahui oleh keluarga kami. Jadi, kami telah bernikah sekali lagi di tanah air agar rahsia kami tidak diketahui oleh keluarga kami. Adakah kami boleh melakukan akad nikah dua kali?

Jawapan: Menurut fatwa ulamak, tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau sebagainya. Para fuqahak dalam kitab-kitab Fiqh, dalam bab mahar (mas kahwin); mereka membahaskan mahar yang mana yang akan dipakai jika ada dua mahar berbeza yang disebut; satu dalam aqad yang dibuat secara tertutup dan satu dalam dalam aqad secara terbuka. Sebagai contohnya, pandangan dalam mazhab Syafi’ie; jika kali pertama ‘aqad dijalankan secara tertutup dengan menyebut mahar RM1000 dan kemudian diulangi aqad secara terbuka (untuk pengisytiharan) dengan menyebut mahar RM2000, mahar yang dipakai ialah yang disebut dalam aqad pertama iaitu RM1000”. (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, 4/161). Para fuqahak dalam perbahasan tersebut tidak mempersoalkan tentang pengulangan aqad, tetapi mempersoalkan tentang mahar mana yang hendak dipakai. Ini memberi maksud bahawa mereka mensepakati bahawa pengulangan aqad tidak dilarang atau ditegah oleh Syarak.

Soalan: Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?


Jawapan: Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
Sebarang kemusykilan lain boleh dikemukan melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas di talian +6 012-4952275 (Puan Ros / Encik Faiz)
***Semoga Usaha Kita Ke Arah Ketaqwaan Diterima Oleh Allah Subhanahu Wa Taala***

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin lari, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah gantung, nikah sempadan, nikah tanpa wali, poligami.

542 ulasan:

1 – 200 daripada 542   Terbaru›   Baru»
Unknown berkata...

Alhmdulilah..sy dan istri selamat bernikah..dan jutaan trima kasih pada ustaz faiz...

haslizam berkata...

Ulasan yang lengkap harap pasangan mendaftarkan perkahwinan di Malaysia utk elak masalah di kemudian hari..

Faiz Muhamad berkata...

Alhamdulillah. Sejak akhir2 ni ramai pasangan yg dah mula sedar pentingnya daftar nikah di malaysia. Ini yg akan membezakan sama ada pernikahan mereka benar2 sah dari segi syarak @ tidak. Bagi yg belum mendaftar, jangan ditangguh2. Prosedur daftar nikah siam skrg dah tak susah macam dulu lg. Berita baik utk pasangan yg nikah di siam...

Unknown berkata...

Salam alaik .ustaz ,benarkan kalau kita daftarkan di konsulat , ianya akan ada dalam data jabatan agama di malaysia juga ? Dan sekaligus akad kedua takboleh dilakukan ? Ataupun tiada link antara jab agama di sana dan di malaysia ?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Buat masa ini, rekod di Pejabat Konsul Malaysia tak ada link dengan Jabatan Agama di Malaysia. Pejabat Agama tak dapat kesan kecuali lepas buat pengesahan & daftar di Malaysia. Untuk akad nikah kali kedua tak jadi masalah, selagi pasangan belum daftar nikah dalam Malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Sekiranya terdapat sebarang persoalan / komen / cadangan sila maklumkan kepada pihak kami. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk penambahkaikan dari semasa ke semasa.

ASAB berkata...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada Ustaz Faiz. Beliau dan isteti telah membantu dan mengatur dengan lancar dan jujur proses pernikahan kami di Songkla, termasuk pengesahan di konsulat.

Tanpa Nama berkata...

Berapakah denda maksimum bagi poligami tanpa kebenaran

Faiz Muhamad berkata...

Denda maksimum untuk kes poligami rm3,000 bagi 1 kes.
Rm2,000 maksimum atas suami (kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran & poligami tanpa kebenaran)
Rm1,000 maksimum atas isteri (kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran).

Unknown berkata...

Saya nak tanya,dokumen apa yang perlu saya bawa sekiranya saya ingin bernikah di songkhla?

Faiz Muhamad berkata...

Dokumen yg perlu bawa:

1- kad pengenalan
2- passport antarabangsa
3- surat cerai asal (bagi janda saja)
4- surat akuan masuk islam (bagi muallaf saja)
5- surat kebenaran dari majikan (bagi polis & tentera saja).

Syika berkata...

Assalamualaikum,saya ingin bertanya ttg hukum sah/tidak sah jika nikah di Thailand . Saya ada tgk vido ustaz azhar idrus ttg ini, dy beritahu dlm ceramah trsebut yg jika gadis tu tinggal bersama wali serumah,dan pergi nikah siam tnpa pngetahuan wali dikira tidak sah nikahnya..setahu sy,sah jika tmpat wali tnggl dn tmpat nikah lebih 2 marhalah . Boleh terangkan tk hukumnya sah atau tidak sah ?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Ustaz Azhar Idrus seorang yg alim dalam ilmu feqah dan teliti dlm bab hukum. Beliau mempunyai pendapat yg tersendiri berdasarkan ijtihad beliau dari pendapat2 ulama' yg lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berpegang dgn pendapat yg beliau kemukakan. Namun, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan hukum SAH NIKAH BERWALIKAN WALI HAKIM DI SELATAN THAILAND secara umum berdasarkan pendapat yg sahih dari ulamak2 dalam mazhab syafie. Boleh rujuk majlis fatwa kebangsaan. Tidak salah bagi untuk guna pakai mana2 pendapat mengikut pada maslahat masing2.

Syika berkata...

Okay, saya dh faham . Apa laman web majlis fatwa kebangsaan untuk dirujuk ? Dan saya ingin bertanya ttg prosedur nk daftar nikah siam. Adakah ia memakan masa yg lama dan dengan adanya semua dokumen yang lengkap,adakah ia dapat dipercepatkan ?

Alia berkata...

Assalamualaikum,saya nak tanya ,apakah maksud "tiada keputusan mahkamah yg menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin" ?

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..sy ingin btanya..sy mpunyai kekasih yg status nya suami org..kekasih sy ingin mperisterikan sy n bpoligami..dia ingin memudah kn urusan pnikahan ni..die mgajak sy bnikah di thailand..adakah pnikahan kami ni sah tanpa mpsetujuan n restu isteri pertama n tanpa restu dari ibu bapa sy...sy jadi buntu dengan situasi begini...

Unknown berkata...

salam ust. kes pasangan adalah janda kehilangan surat cerai.ada solution lain? atau wajib mencari sehingga dpt samada dgn mahkamah atau pejabat agama malaysia.?

Unknown berkata...

Masok thai sekarang boleh pakai pas sempadan lagi x?

Unknown berkata...

Saya telah selamat bernikah di songkhla..sekiranya saya ingin mendaftar dimalaysia,saya perlu pergi ke pejabat agama atau mahkamah syariah?bagaimanajika saya tidak mampu menyediakan denda dalam masa terdekat?adakah saya boleh menangguhkan proses pendaftaran?

Faiz Muhamad berkata...

Boleh. Prosedur buat pas sempadan sama macam buat passport.

Faiz Muhamad berkata...

Cara nak daftar nikah luar negara boleh rujuk di sini:
http://www.nikahsiam-kahwinthailand.com/2014/04/prosedur-daftar-nikah-yang.html?m=1

Faiz Muhamad berkata...

Fatwa kebangsaan boleh rujuk di www.islam.gov.my.
Prosedur daftar nikah boleh rujuk di: http://www.nikahsiam-kahwinthailand.com/2014/04/prosedur-daftar-nikah-yang.html?m=1

Faiz Muhamad berkata...

Apa2 alasan syarak yg menghalang seseorang perempuan itu dari bernikah. Contoh: masih bersuami/ dalam iddah suami/ masih dalam proses penceraian atau tuntut fasakh @ lain2.

Faiz Muhamad berkata...

Boleh rujuk fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di sini: http://www.nikahsiam-kahwinthailand.com/2014/01/pakej-pernikahan-perkahwinan-di-thailand_3.html?m=1

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk janda MESTI bawak sijil cerai yang asal. Sekiranya tidak, Majlis Agama Islam Songkhla tidak akan keluarkan sijil nikah untuk pasangan @ tidak dibenarkan akad nikah. Caranya mudah; pegi ke pejabat agama, dapatkan sijil cerai baru dengan bayaran rm20.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz. .sy nk bertanya. .sy ada teman warga asing yang beragama hindu.klu kata kmi nk berkahwin boleh x dia memeluk agama islam di Thailand dan apa syarat dan dokumen yang diperlukan. ...

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh nikah. Sebelum akad nikah pasangan yang bukan beragama Islam perlu buat urusan syahadah (memeluk agama Islam) terlebih dahulu. Setelah selesai urusan syahadah (dalam 20 minit), pasangan boleh jalankan akad nikah seperti biasa. Dokumen yang diperlukan:
1. Kad pengenalan
2. Passport antarabangsa

Tanpa Nama berkata...

assalam. sy nak tanya . bakal suami lelaki berketurunan indiachi. bakal suami ingin convert ke islam. tapi dapat tentangan hebat keluarga. kami ingin bernikah di Thailand, boleh kah bakal suami sy memeluk islam di thailand?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh insyaAllah.

Unknown berkata...

Salam ustaz,sy bercadang utk berpoligami, dr pihak wali keluarga bakal isteri kedua tiada masalah, masalahnya adalah dr sy sendiri, sbb sy merupakan anggota keselamatan yg bermasalah utk dptkan surat kebenaran poligami dr jabatan. Adakah perlu sy bawa wali bakal isteri ke pjbt nikah siam (utk mengelakan kena denda kelak)?

Tanpa Nama berkata...

Assamualaikum ustaz..sy nk tnye,brapa lama tmpoh yang diambil utk pnndftran sjil nikah malaysia dn brapa lama bole siap ?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk anggota polis & tentera yang bernikah di thailand tanpa kebenaran dari ketua jabatan, tidak boleh mendaftar pernikahan tersebut dalam malaysia. Untuk elakkan denda, mohon nikah & poligami dalam negara.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Biasanya ambik masa 2 bulan - 6 bulan. Biasanya proses makin lambat bila pasangan tak bagi kejasama. (Contoh: bila tiba tarikh perbicaraan @ keputusan, suami @ tak hadir)

Rafida berkata...

Assalamualaikum ustaz,

Saya bernikah di Songkhla pada 8 Dec tanpa pengetahuan keluarga kedua pihak. Setelah balik ke Malaysia, isteri pertama dapat tahu. Ibu mertua tidak restu pernikahan kami dan memaksa suami menceraikan saya. Dua minggu lepas nikah, suami lafaz cerai depan ibunya, kerana takut menjadi anak derhaka. 6 Jan lalu kami rujuk secara diam2. Sejak rujuk saya tidak dengar kabar berita dari suami.

Soalan:
1. patutkah saya daftar pernikahan di Malaysia?
2. sekiranya suami mahu teruskan perceraian, adakah lebih mudah daftar cerai di Songkhla sebab belum daftar di Malaysia?
3. dengan surat cerai Songkhla, apakah kesan masa depan sekiranya saya ingin berkawin lagi?

Terima kasih ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Jawapan :
1. sekiranya puan & suami mahu berbaik semula seperti suami isteri macam biasa, lebih baik daftar pernikahan di Malaysia bagi memudahkan urusan puan & suami yang memerlukan sijil nikah Malaysia seperti pergi umrah bersama-sama, daftar anak di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), tuntutan harta pusaka dll. Tetapi sekiranya suami puan mahu teruskan perceraian, puan tidak perlu daftar pernikahan di Malaysia.

2. Ya. Lebih mudah Suami puan pergi terus ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk urusan perceraian.

3. Apabila puan sudah dapat sijil cerai & surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Thailand, tiada masalah sekiranya puan ingin bernikah lagi. Boleh guna sijil cerai dari Thailand.

Rafida berkata...

Terima kasih ustaz.
Allah saja yg dpt balas jasa ustaz.

Acara Pernikahan berkata...

Amiiiin, . semoga pernikahan membuat kita menjadi lebih bertaqwa lagi kepada allah SWT...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.

Saya telah bernikah di selatan Thailand pada tahun 2012. Setelah bernikah saya dan suami mendaftarkan pernikahan di konsulat Malaysia di Thailand. Setelah pulang kami tidak mendaftarkan pernikahan dalam negara. Untuk makluman ustaz, saya berpoligami.

Saya dengan suami telah berpisah pada akhir tahun 2013. Sejak dari itu kami tidak berhubung sehingga sekarang. Dalam tempoh itu juga suami tidak memberikan sebarang nafkah kepada saya.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon cerai? Adakah perlu datang ke selatan Thailand atau di Malaysia sahaja kerana telah mendaftar pernikahan di konsulat Malaysia? Moga ustaz dapat membantu memberikan penjelasan kepada saya. Terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam

Puan kena buat tuntutan cerai fasakh di majlis agama islam yg berkenaan di mana puan bernikah sebelum ni (sama ada majlis agama islam songkhla/ satun/ pattani/ yala/ narathiwat). Kena buat aduan takliq di sana.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ustaz atas pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum , uztaz , saya telah berkahwin di pejabat agama wilayah patani tanpa pengetahuan keluarga pada tahun 2013 , dan saya melahirkan anak pada tahun 2014 di malaysia dan saya tidak daftar nikah di malaysia waktu itu . Pada tahun 2015 , saya nikah lagi sekali secara sah di malaysia tetatpi keluarga saya tidak tahu bahawa saya sudah nikah waktu itu . Macam saya nak buat surat beranak anak dgn sijil nikah thailand 2013 itu .

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sepatutnya tuan cuma perlu daftar nikah 2013 & tak perlu nikah semula.

Apa yang perlu buat sekarang, tuan kena batalkan nikah 2015 & daftar nikah 2013. Sekiranya tidak buat begitu, anak yang lahir tahun 2014 di kira tidak sah taraf.

Untuk prosedur lanjut, kena rujuk pada pejabat agama islam daerah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya, saya syak bahawa suami bernikah lagi. Sekiranya suami nikah di thai dan berdaftar dengan pejabat konsulat, bolehkan saya dapatkan data tersebut di pejabat agama di sini. Saya cuma inginkan hak saya sebagai isteri terutamanya dalam soal giliran dan nafkah. Terima kasih

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Saya cadangkan puan bincang dengan suami. Sekiranya suami dah nikah di thailand, nasihatkan suami daftar. Untuk kebaikan puan, kebaikan suami, kebaikan isteri kedua & kebaikan anak2.

Unknown berkata...

Assalamuaikum ustaz sy nk tanya ustaz sy nikah dkt songkhla semua surat lengkap tapi kenapa ank sy tk blh di bin kan atas nama sy...

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz faiz... sy nak tanya sy kawin luar tahun 2014...1 tahun kami merancang xnak anak lg.. tp alhamdulillah tahun nie sy disahkan bru mengandung.. sempat ke sy mendaftar di pejabat agama islam di malaysia...berape lama proses daftar tu siap..?? Berapakah harga denda..???

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sesetengan JPN dah tak terima sijil nikah dari thailand untuk urusan daftar anak. Apa yang tuan perlu buat; daftar nikah tersebut dalam malaysia. Selesai urusan daftar & dapat sijil nikah malaysia, tak ada masalah untuk urusan daftar anak di JPN.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Alhamdulillah. Saya cadangkan tuan daftar nikah secepat mungkin. Biasanya proses daftar ambik masa 3-6 bulan. Denda bergantung pada jabatan agama. Mungkin kena mungkin tidak. Apa-apa pun sediakan duit bila dah hantar permohonan pengesahan di mahkamah syariah. Masih ada masa 3-6 bulan tempoh untuk kumpul duit. Denda maksimum rm1000 seorang.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz..

Sy mohon bertanya,sy dn suami telah bnikah di selatan thai pda januari 2010.. hasil dr pkhwinan tsebut kami dkurniakn 2org ank..

Masalah sy skrg,kedua2 ank sy masih blum ade surat beranak.

Hingga ke hari ini,suami masih blm mdftarkn pkhwinan kami..

Suami jga sudah hmpir 3thn tidak tgl bsma sy n anak2.. akan tetapi nfkah dberikan spt biase stiap bulan.

Ape yg harus sy lakukn skrg ustaz..

Sy bimbang ank sulong nk masuk sekolh tak boleh

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz, suami sy adalah warga asing, tidak tinggal di Malaysia. Perlukah dia hadir ke mahkamah syariah? Berapa lama masa yg diambil oleh jabatan agama islam kedah untuk memulakan siasatan setelah semua dokumen diberi sehingga ke perbicaraan mahkamah syariah?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Saya cadangkan puan cuba pujuk suami untuk daftar nikah dalam malaysia. Cuba cari masa suami yang sesuai.

Selesai urusan daftar nikah nanti terus daftar anak di JPN guna sijil nikah malaysia. Masih ada masa 5 tahun sblm anak masuk sekolah rendah.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk daftar nikah dalam malaysia, suami & isteri mesti hadir di mahkamah & pejabat agama sekurang-kurangnya 3 kali.
Pertama, hadir bicara di mahkamah.
Kedua, hadir untuk dengar keputusan perbicaraan.
Ketiga, hadir untuk permohonan daftar di pejabat agama.
Proses ambik masa 3 - 6 bulan biasanya.

Tanpa Nama berkata...

salam Ustaz,

Pasangan saya dan saya ingin nikah di thailand. Tapi, kes penceraian dia dengan isteri pertama belum selesai (it is still pending a hearing in court, walaupon tempoh masa beriddah sudah tamat). Adakah ini bermaksud pasangan saya akan bernikah dengan saya secara polygamy? Adahkan surat nikah akan state that this is his second marriage? How will this effect the registration process in Malaysia?

Thank you.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan nikah di thailand tidak ada beza sama ada nikah isteri pertama atau poligami. Urusan nikah sama saja.

Untuk urusan daftar nanti bergantung pada negeri. Contoh amalan di Kedah, sekiranya pendaftaran nikah di buat sebelum kes cerai dengan isteri pertama selesai, di kira kes poligami. Sekiranya urusan daftar nikah di buat lepas suami bercerai dengan isteri pertama, dikira kes bukan poligami.

zie berkata...

Assalamualaikum ustaz.
Sy bnikah diyala thailand pd 2006 dan bercerai 4 bln slps itu.Sijil perceraian dr majlis agama yala telah dikeluarkan.Soalan saya boleh kah saya menggunakan sijil cerai tersebut utk berkahwin lain dan adakah akan dikenakan sebarang denda kelak kerana tidak mendaftarkan perkahwinan dan perceraian di malaysia?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sijil cerai dari majlis agama islam yala boleh guna pakai untuk urusan kahwin lain. Tak ada sebarang denda dengan sebab tak daftar nikah luar negara.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..sy nk tya.sy dan suami telah berkahwin pd tahun 2013 di narathiwat.poligami..tanpa pengetahuan keluarga kedua dua belah pihak.brape lama proses di ambil oleh pihak mahkamah utk daftarkan perkahwinan kami disini?.terlampau banyak karenah birokrasi di malaysia..sy jadi buntu..risau segala urusan akn jd masalah kelak

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.. kalau dokumen pernikahan dari Thailand lengkap. Biasanya 3 - 6 bulan dah selesai urusan daftar di Malaysia.

Lord berkata...

Salam ustaz..saya dah bernikah di pejabat agama yala thn 09.tp dokumen yg ada sekarang cuma surat nikah je bgaimana cara tuk saya daftar di sini biasanya berapa denda yg kena..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Memandangkan sijil nikah tahun 2009, tuan mesti buat pengesahan semula untuk tahun terkini (2016) di majlis agama islam yala, kemudian buat pengesahan semua dokumen di pejabat konsulat malaysia di songkhla. Jumlah denda nanti atas budi bicara nanti. Boleh rujuk proses daftar nikah dalam blog ni dulu. Kalau ada yang tak jelas boleh hubungi saya terus 013-335 2275.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya, kalau kita da nikah di thailand. Untuk daftar di malaysia, adakah pihak mahkamah akan bagi tahu parent kita?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaannya mahkamah/ hakim akan panggil wali asal perempuan (ayah/ abang/ dll) & isteri pertama (bagi kes poligami). Sebaiknya bersedia.

Unknown berkata...

Assalammualaikum.ustaz.saya mohon pencerahan tentang denda di makamah syariah nnt...

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz..saye sudah bernikah di surabaya pade 2 ramadhan 2015..tetapi saye tidak mendaftarkan nikah saye di malaysia sehinggalah sekarang..dan bini saye dtng ke malaysia tetapi pasport dye sudah kene koyak..means masuk malaysia secara haram..dan saye tinggal bersama..adakah saye dikira khalwat kalau ditangkap?? Dokumen pernikahan di indonesia adalah sah..adakan saya akan didenda jika saya mendaftar pernikahan saya apabila dokumen bini saya sudah lengkap..berkemungkinan setahun atau 2 tahun untuk bersihkan nama blacklist..tolong beri penjelasan ustaz

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tuan tidak perlu risaukan tentang denda dari mahkamah syariah. Apa yang paling penting: Dartarkan Pernikahan Secepat Yang Mungkin..!

Sekiranya dikenakan denda, tuan masih mempunyai tempoh 3 tahun untuk jelaskan. Kebiasaannya denda tidak mencecah Rm2,000 untuk setiap pasangan.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Mana-mana dokumen pernikahan luar negara yang tidak mendapat pengesahan dari pejabat kedutaan Malaysia/ pejabat konsulat Malaysia, adalah dikira TIDAK SAH dari segi undang-undang Malaysia.

Jalan terbaik: tuan dapatkan perakuan/ pengesahan dengan kadar segera atau tuan perlu nikah semula sekiranya dokumen tersebut tidak dapat disahkan.

Su3ri@ berkata...

Salaam

Sy ingin bertanya bg pihak sahabat.

Dia memiliki sijil nikah dari narathiwat namun pernikahan nya berlangsung di kelantan.

Adakah pernikahan ini sah di sisi syara'?

Di dalam sijil nikah tertulis nama bapa nya sebagai wali, tapi sebenarnya si bapa tidal berada di sana semasa pernikahan berlangsung dan tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Adakah pernikahan ini sah?

Sekarang, rumah tangga dia sudah sampai ke penghujung dan sahabat saya ingin meminta talak.

Jika pernikahan mereka tidak sah, apa yang perlu dia laku kan?

Dan jika perkahwinan mereka sah, apa juga yang perlu dia lakukan?

Bagaimana dia dapat memastikan pernikahan mereka adalah sah atau tidak? Ini penting bagi memastikan tiada dosa atau kecurigaan bagi dia untuk masa hadapan.

Terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Rukun nikah ada 5. Pertama: wali. Sama ada wali ayah atau wali hakim. Dalam kes ni wali ayah tidak ada. Wali hakim jugak tidak ada.

Jadi, nikahnya tidak sah.

Wali hakim dari majlis agama islam narathiwat cuma ahli majlis agama islam narathiwat yang ditauliahkan dalam wilayah narathiwat sahaja. Tidak ada wali hakim dari narathiwat yang ditauliahkan untuk akad nikah pasangan luar wilayah narathiwat.

Imam majlis agama islam narathiwat adalah orang yang amanah & tidak akan sekali-kali buat perkara macam ni. Saya yakin ni cuma sindiket penipuan semata-mata.

Sekiranya betul imam itu wali hakim dari majlis agama islam narathiwat sekalipun, beliau tidak layak untuk akad nikah pasangan sebagai wali hakim kerana di luar daerah yang ditauliahkan sebagai wali hakim.

Kesimpulan yang saya nak sebut: nikahnya tidak sah. Wajib mufarakah (berpisah). Semoga Allah ampun dosa-dosa yang kita telah buat dalam keadaan kita jahil.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum tuan

nak bertanya minta pandangan tuan..
adik lelaki saya suka pada seorang perempuan (janda anak 1 dlm setahun umur) dan kami diberitahu yang dia telah berkahwin dan bercerai di siam dan katanya ada surat cerai dari siam juga. Jadi jika adik kami nak berkahwin dgn pilihannya ini apakah ada langkah langkah yg perlu kami tahu dan periksa lebih dahulu ... i.e kena check ka dgn majlis agama di kelantan malaysia? status surat cerai dari siam perluka disahkan dgn pihak berkuasa malaysia? apa prosesnya jika ada?
atau boleh saja kahwin tanpa masalah..
mohon penjelasan tuan
thanks


Syah

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sebaiknya rujuk dengan pejabat agama daerah. Sekiranya pejabat agama daerah tak perlukan apa2 dokumen, boleh mohon nikah prosedur biasa.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih tuan atas nasihat... ok saya akan pastikan adik saya rujuk pej agama daerah untuk kepastian...

syah

haf berkata...

Asslamualaikum tuan,

Ingin bertanya/pandangan dr tuan,
sahabat saya (perempuan) pernah bernikah di songkhla,thailand pada bulan.4.2014 dan beliau diceraikan 4 bulan selepas itu. Beliau tidak membuat pengesahan nikah di Konsulat Malaysia di Songkhla mahu pun daftr penikahan di malaysia dan tiada surat cerai dikeluarkan.
Persoalanya..
1.perlukah beliau mendptkn surat penceraian disongkhla atau buat di mlysia
2.bolehkh beliau berkahwin lain dimalaysia sedangkan tiada surat cerai

Mohon tuan bg penjelasan, tks.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam

1- Perempuan tersebut mesti selesaikan urusan perceraian di Majlis Agama Islam Songkhla dahulu.

2- Apabila surat cerai dah dapat baru boleh bernikah lain di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz,

Saya dan pasangan telah bernikah di songkla 4 bulan lalu, tapi baru sekarang hendak daftar di Malaysia. Sekarang isteri saya teleh mengandung 3 bulan adakah akan menjadi masalah untuk daftar di Malaysia? Adahkah pihak pendaftaran akan view anak saya, anak luar nikah, kerana daftar perkahwinan lambat? Dan di bin-kan Abdullah?

Dan berapa lama process untuk pendaftaran selesai?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz,

Saye isteri kedua, kami bernikah di rumah saya siap ade majlis sanding lagi. Tapi mase daftar kahwin saye pelik suami tak minta ape2 dokument & saye sendiri tak payah isi ape2 borang kahwin. Bile 3 bulan berkahwin dan saye pula mengandung baru saye tahu kami dinikahkan dgn kadi yg tidak diiktiraf jabatan agama malaysia. Saya buntu sampaila sekarang anak saye dah mencecah usia 3 tahun suami tetap tidak mendaftarkan perkahwinan kami sekali gus anak kami tiada surat beranak. Bile saye tanya kos daftar nikah pada suami, suami kata RM 8,000.00. Saye juga di beritahu oleh suami yg seorang ustaz beralamat di Johor akan menolong kami tapi sempai sekarang tiada apa2 pun yg berlaku. Uztaz boleh ke saye selesaikan sendiri dengan merujuk ke pejabat agama yg terdekat? Saye tiada masalah dari segi kewangan tapi saye tak tahu apa yang disembunyikan oleh suami saye?

Mohon pencerahan dari ustaz.

Wassalam.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Puan boleh teruskan urusan pengesahan & daftar nikah secepat yang boleh. Mungkin ambil masa dalam lingkungan 3 - 6 bulan untuk selesai. Bila dah selesai & dapat sijil nikah nanti, tak ada apa-apa masalah untuk daftar anak di JPN berbin/ binti dengan ayahnya.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pertama sekali puan kena pastikan akad nikah tu sah atau tidak dari segi hukum Islam.

Sekiranya nikah tak sah, perlu mufarakah (berpisah) & buat akad nikah semula ikut hukum syarak & perundangan malaysia.

Sekiranya sah dari segi hukum islam, puan perlu lantik seorang peguam syarie yang boleh bantu sahkan perkahwinan puan & suami di mahkamah syariah.

Ayu berkata...

Assalamualaikum ustaz. Sy n suami telah bernikah pd 2013 n mendaftar di konsulat songkhla. Sehingga skrg suami masih tidak mendaftarkan prrkahwinan kami di Malaysia. Sy tidak mahu meneruskan perkahwinan ni krn tiada inisiatif beliau utk mendaftar perkahwinan kami. Malah sampai skrg sy tak bole mengandung risau jika anak dilahirkan tidk bole didaftarkan di sini. Jadi disebabkan pelbagai asbab sy minta dilepaskan. Soalannya, bagaimanakah proses yg sepatotnya sy buat. Adakah kami berdua harus mendaftarkan cerai di konsulat? Kalau daftar cerai di sini adakah proses tertentu?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, sememangnya wajibkah pihak mahkamah memanggil wali perempuan hadir ke mahkamah untuk bicara? Kerana seboleh2nya, kami mahu mendaftarkan pernikahan tapi tidak mahu ahli keluarga tahu menahu langsung mengenainya. Biar masa yang membongkarkannya sendiri. Lagi satu, sekiranya ic isteri saya negeri lain, tapi alamat negeri lain, bolehkah kami daftar pernikahan di negeri ic isteri?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Saya cadangkan puan bincang baik-baik dengan suami buat urusan cerai di majlis agama islam songkhla.

Selesai urusan cerai, terus buat pengesahan dokumen di pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Semua urusan & dokumen lengkap boleh selesai dalam masa 2 hari keja (isnin - khamis).

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Biasanya hakim akan panggil wali nasab (ayah) untuk pengesahan nikah di mahkamah. Bergantung pada budi bicara hakim.

Urusan daftar nikah boleh di buat ikut alamat ic suami @ alamat ic isteri @ alamat dalam sijil nikah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..adakah sah pernikahan tanpa jurunikah atau tok kadi..cuma nikah di rumah shj dgn wali (ayah pengantin perempuan) sbg kadi & 2 org saksi hadir semasa akad nikah dijalankan..bolehkah nikah je dlu di rumah & proses mendaftar di buat kemudian? Bagaimana pula jika nikah dahulu di rumah & daftar kemudian utk poligami? Sah atau tidak? Adakah isteri pertama akan mengetahui hal ini apabila nk daftar nikah?

Mohon pencerahan dr ustaz..tq

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Dari sudut hukum Islam, nikah sah sekiranya cukup rukun & syarat sah nikah. Dari segi undang-undang Malaysia, nikah yang sah hanya melalui jabatan agama islam sahaja (sama ada dalam negara @ luar negara). Untuk nikah luar negara mesti mendapat pengesahan dari kedutaan/ konsulat malaysia.

Unknown berkata...

assalamualaikum . saya nak tanya , untuk daftar dipejabat konsulat , berapakah range umur ya ?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Umur mesti tak kurang dari 18 tahun.

Unknown berkata...

Asalam, tp ustaz,,kalau sy memang xnak berdaftar lg di malaysia krn sy ingin nikah semula iaitu dgn lebih rasmi,, adakah pihak jbtan agama di malaysia sudah tahu yg sy tlh bernikah? Dan boleh ke tidak daftar lgsg di malaysia,,sehingga kali kedua sy nikah (malaysia) kemudian bru sah berdaftar di malaysia?

Unknown berkata...

Aslkum utz..sye dh lme bernkh di thailand..sye nk buat srt nkh mlysia mcm mne? Dn denda byk x? Sbb dlu sye xdpt buat disbbkn keuwganlh..trtggoh sampai skrg xbuat lg..blh bthu x cre nk buat..wsom

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. En ezuan kena buat pengesahan nikah di mahkamah syariah & daftar di pejabat agama daerah yang terdekat. Denda maksimum rm2000 untuk suami & rm1000 untuk isteri.

Unknown berkata...

Dende klu byar skit2 blh x utz..dn lg sye dh pg tpi die ckp kne krsus nikh dlu..sye blum lg ade krsus nikh..dan utz ape yg hrus sye bg thu utk mndptkn srt nkh tu krna akn ditye nnti.

Faiz Muhamad berkata...

Pasal denda tak perlu fikir lagi. Harap-harap tak ada denda. Yang penting selesaikan urusan daftar nikah dulu. Kalau ada denda sekalipun, biasanya pejabat agama akan tengok pada kemampuan pasangan. Contoh, ada pasangan yang dah selesai urusan daftar tahun 2012 baru saja dikenakan dikenakan denda pada tahun 2016 sebanyak Rm3,000. Lepas buat rayuan cuma perlu bayar rm250 sahaja atas budi bicara.

Unknown berkata...

Trima ksh utz..dan stu prkra lg..sye pg daftar tu sorg atau brdua dgn istri sye..mse mndtar nnti.

Ayu berkata...

Salam ustaz. Setelah berbincang hati ke hati dgn suami, sy telah batalkan niat untuk bercerai dgn suami. Dia setuju untuk sama2 mempercepatkan proses mendaftar pernikahan di sini. Soalan nya sama spt dia tas cuma sy hendak daftarkan disini. Kami risaukan bayaran denda yg tinggi. Krn gaji kami berdua bawah 3k. Adakah kami bole membuat rayuan kurangkan bayaran denda. Terima kasih ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Suami & isteri wajib hadir untuk urusan pengesahan & daftar nikah.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Denda maksimum Rm1,000 seorang. Boleh buat rayuan. Ada pasangan yang dapat diskaun 80% lepas rayuan (cuma perlu bayar rm200 sahaja), ada pasangan yang dapat diskaun 50% & diberi tempoh hingga 2 tahun untuk jelaskan denda & ada pasangan yang dikecualikan denda selepas rayuan. Atas budi bicara hakim & kemampuan setiap pasangan. Apa yang penting; DAFTAR NIKAH SEKARANG, walaupun pernikahan sudah berlalu lebih dari 10 tahun.

Unknown berkata...

salam , slepas kita balik malaysia dan terus daftar perkahwinan dekat pejabat agama , berapa lama ye proses utk naik mahkamah dan kemudian selesai sume nya ?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Biasanya proses daftar nikah ambik masa 2-6 bulan untuk selesai.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Adakah hakim akan memberitahu isteri pertama sekiranya kami ingin mendaftarkan perkahwinan luar negara utk kes poligami? Kalau boleh saya tidak mahu isteri pertama tahu kerana dia tinggal di luar Malaysia. Harap ustaz dapat bantu.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk kes poligami KEBIASAANNYA hakim akan panggil isteri pertama untuk penentuan nafkah & belanja bulanan. Cara terbaik untuk elakkan pengetahuan isteri pertama boleh lantik peguam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Saya ingin bernikah dengan warga negara asing yang memegang visa bekerja di Malaysia. Bolehkah upacara pernikahan dilakukan dalam Bahasa Inggeris? Sekiranya tidak boleh, maka bolehkah saya menjadi penterjemah agar dia faham apa yang ditanya nanti. Bolehkah dia menjawab dalam Bahasa Inggeris sebagai tanda setuju?
Bolehkah saya pergi untuk urusan pengesahan nikah di Konsulat Malaysia pada waktu yang lain sekiranya nikah dilakukan pada hari Sabtu? Berapa lamakah tempoh yang saya ada untuk mengesahkan pernikahan di konsulat Malaysia di Songkhla bagi memastikan sijil nikah saya sah di Malaysia? Perlukah kedua-dua pasangan hadir bersama ke konsulat, atau salah seorang sudah mencukupi untuk mengesahkan pernikahan tersebut?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Urusan akad nikah boleh dibuat dalam 4 bahasa: melayu, inggeris, siam & arab.

Untuk warga asing pemegang visa kerja/ permit kerja, hanya dibenarkan bernikah sahaja. Pejabat konsulat malaysia tidak akan keluarkan surat pengesahan sekaligus tidak boleh daftar pernikahan dalam malaysia.

Anonymous berkata...

Alhamdulillah.. Segala urusan berjalan lancar..terima kasih ustaz atas perkhidmatan yang diberikan.. Sememangnya terbaik..semoga Allah membalas jasa baik ustaz

Unknown berkata...

Assalamu'alaikum,bru2 nie sye bru bernikah dgn wanita dr indonesia,tp bile kita nak msuk malagsia sm2 utk buat pengesahan pernikahan di malatsua,rupa2nya pasport istri sye ade senarai hitam,blhkah sye buat rayuan utk cancel senarai hitam istri sye memandangkan kami btl2 saling menyayangi dan berhasrat utk hidup bersama selama2nya,apa yg patut sye buat,utk pengetahuan tuan sye seorang muallaf,trimakasih wassalam

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk warga Indonesia yg disenarai hitam terpaksa dihantar balik semula ke negara asal & buat passport baru untuk masuk semula ke malaysia. Untuk sementara waktu tuan boleh ikut isteri menetap di Indonesia buat sementara. Tempoh senarai hitam bergantung pada Jabatan Imigresen. Untuk maklumat lanjut tuan boleh rujuk dengan Jabatan Imigresen Malaysia yang terdekat.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz. sy dgn pasangan hendak nikah, tapi tidak diizinkan. Jika sy hendak nikah di thailand tanpa pengetahuan ibubapa boleh? Adakah pihak wali hakim bertanyakan persetujuan wali iaitu bapa sy?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh akad nikah guna wali hakim di Majlis Agama Islam Songkhla walaupun tanpa izin & pengetahuan wali dengan syarat; jarak dari tempat wali dari Majlis Agama Islam Songkhla lebih dari 2 marhalah (90km). Pihak Majlis Agama sekadar bertanya di mana wali ayah berada sebelum majlis akad nikah dijalankan.

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz,
Saya ingin berkahwin dgn warga vietnam. Bolehkah dilakukan di thai? Gadis itu juga ingin masuk islam, bolehkah dilakukan serentak atau sekaligus dgn pakej?

Harap ustaz boleh memberi nasihat. Tq

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan akad nikah boleh dibuat sejurus selpas urusan memeluk agama Islam di Majlis Agama Islam Songkhla. Kedua2 urusan boleh selesai dalam masa satu hari sahaja.

efiq berkata...

Assalamualaikum,

Saya telah bernikah di songkhla pada 9 Nov 2015. bukti2 nikah saya telah dapatkan sperti, gambar, video semasa akad nikah, surat tauliah jurunikah, sijil nikah songkhla dan pengesahan dari konsulat malaysia. tapi saya belum lagi mendaftarkan pernikahan tersebut di malaysia. persoalannya, saya ingin tahu bagaimana proses pendaftaran tersebut? dan sekiranya bapa isteri saya tidak mahu ke mahkamah utk membuat keterangan adakah proses pendaftaran tersebut tidak dapat diteruskan?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Urusan pengesahan & daftar nikah dalam malaysia cuma perlukan pasangan suami & isteri sahaja yang hadir. Untuk keterangan lebih lanjut boleh berhubung terus dengan saya; 013-335 2275 (FAIZ)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz. Sy dan pasangan merupakan mahasiswa dan masih belajar, soalannya bolehkan kami berkahwin di songkhla tanpa pengetahuan ibu bapa ?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Nikah sah sekiranya cukup rukun & syarat sah nikah walaupun tanpa pengetahuan keluarga. Namun, sewajarnya pernikahan mesti mendapat restu kedua-dua keluarga untuk menjamin bahagianya rumahtangga di masa yang akan datang.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz,

Saya punya seorang kawan (wanita) telah bernikah sebagai isteri kedua di thailand 3 tahun lalu, dan beliau ditinggalkan oleh suami tanpa sebarang nafkah dan tidak duduk sebumbung selama 2 tahun selepas beliau melahirkan anak pertamanya, bagaimanakah cara untuk dia menuntut perceraian fasakh kerana beliau tidak mendaftarkan perkahwinan yang sah di malaysia. Apakah nasihat ustaz? Dan apakah tindakan yang perlu diambil untuk menuntut perceraian tersebut?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Si isteri perlu pergi semula ke pejabat agama islam yang sama untuk urusan cerai takliq. Perlu bawa 2 orang saksi seperti yang tertera dalam sijil nikah (terdapat keterangan takliq pada bahagian bawah sijil nikah).

A. A. berkata...

Assalamualaikum ustaz.
Saya seorang suami dan plan nak nikah lagi satu dengan seorang janda.
Wanita tersebut asalnya memeluk islam sejurus sebelum bernikah dengan ex suami dulu dan telah diceraikan beberapa tahun kemudian. Menurutnya ex suami tidak pernah mengajar ttg Islam dan dia langsung tidak mengenali Islam. Selepas bercerai dia balik ke agama asal. Sebenarnya dia ni adalah rakan lama saya dan saya plan nikah dgn dia agar saya dapat serba sedikit dapat mengajar dia Islam. Tapi malangnya saya dapat agak isteri saya pasti tidak setuju untuk dimadu. Soalan saya:
1. Apakah dokumen yang perlu saya dan dia sediakan jika kami mahu bernikah di Thailand.
2. Bolehkan dia berwali hakim.

Terimakasih, wassalam

Unknown berkata...

Assalamualaikum uztas faiz..sy nk tnya sy dan suami telah nikah di thailand slps nikah kami rujuk kemahkamah syariah utk jln prosedur. Setakat ni dh dpt keputusan dan tggu surat perintah dr mahkamah utk diberikan pada jais. Pertanyaan sy bilakah akan jatuh denda pada kami dan adakah denda tersebut dibayar di jais.harap maklumbalas dr uztas

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Alhamdulillah selesai sudah urusan pengesahan nikah. Langkah seterusnya; urusan daftar nikah di pejabat agama daerah. Selesai urusan daftar nikah nanti, puan akan terima surat saman dari bahagian pendakwaan. Perlu hadir & bayar denda di mahkamah rendah syariah pada tarikh seperti yang diminta.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumissalam.

Dokumen yang perlu di bawa:
1- kad pengenalan
2- passport antarabangsa
3- surat cerai asal (bagi janda saja)
4- surat akuan masuk islam (bagi muallaf saja)

Boleh akad nikah guna wali hakim.

A. A. berkata...

Terimakasih ustaz.

Wasallam

Unknown berkata...

Askm ustaz..saya dh berkahwin..jika saya ingin nikah di sempadan untk kali kedua..dan daftar di Malaysia..adakah isteri peratama saya akan dapat tahu?..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk pengesahan & daftar nikah dalam malaysia nanti, isteri pertama tak perlu hadir. Selepas selesai semua urusan daftar nanti sebaiknya suami kena maklum pada kedua-dua isteri status sebenar. Supaya tak timbul masalah giliran bermalam & hak nafkah setiap isteri. Kena cari masa yang sesuai.

AntheMist berkata...


Assalamualaikum. saya nak tanya, kalau nikah di thailand yg sah kemudian daftar nikah itu di malaysia, adakah bermakna perlu melalui prosedur biasa nikah (cth: ujian HIV, sijil kursus kahwin dan sebagainya) dan adakah keluarga akan tahu tentang perkahwinan itu selepas didaftarkan?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk daftar nikah dalam malaysia nanti perlu ikut prosedur yang dah ditetapkan pejabat agama daerah. Kemungkinan ayah perempuan akan dipanggil untuk pengesahan.

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah berkahwin disongkhla pada 2012.dan sudah bercerai disongkhla jugak.sy bernikah kali kedua disana kerana tidak dpt izin dri wali walaupun ini pernikahan kedua saya.saya hari ni telah pergi ke mahkamah utk tetapkn tarikh pendaftaran mahkamah buat kali pertama.status sy skrg janda dan saya berkhwin dgn duda.adakah wali saya akan tahu pendaftaran dan pernikahan kami di sogkhla thailand.saya mohon pencerahan.terma ksh ustaz

Tanpa Nama berkata...

Pernikahan kami january 2016.adakah denda akan kena byk.sblum ni sy penah kena denda 700 utk kes pertama sy khwn disongkhla.tp hnya separuh jln kerna kmi sudah bercerai ketika itu.dan bekas suami tidak byr denda dan batalkn kes.adakah sy kena denda byk.sbb bernikah 2kli kt sogkhla.sy hnya halalkn hubungan sy sja.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz sy nak tnya sy dah bernikah dgn pasangan sy india masuk islam pasangan sy memeluk islam pada tahun 2007 sy nikah yala thailand baru2 ni sy nak tnya pasangan sy pernah berkahwin dgn wanita beragama hindu dan mempunyai anak mereka tidak bercerai dan tidak duduk serumah lagi skrng ni sy nak daftar pernikahan sy di malaysia adakah ia mempunyai masalah

AntheMist berkata...

Lagi satu, adakah pasangan yg bernikah di thailand ini berpotensi utk bercerai? kerana ada yg berpendapat restu keluarga itu sangat penting. Bagi pihak tuan, yg manakah yg lebih baik, bernikah sendiri di thailand atau bernikah secara paksa dgn bukan pilihan hati?

Razali berkata...

Assalamualaikum.

Ustaz, saya ada beberapa soalan.
Saya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang merupakan isteri kedua seseorang. Mereka bernikah di songkla, dan wanita tersebut ingin mohon dilepaskan atas sebab2 suaminya tidak dapat mendaftarkan pernikahannya di Malaysia.

Soalan 1.
Adakah dia perlu melakukan dan mendapatkan surat cerainya di songkla juga?

Soalan 2.
Saya ingin menikahinya, bolehkah saya merahsiakan status (janda) kepada pengetahuan semua keluarga? Adakah sah pernikahan tersebut dari hukum syara'?

Terima Kasih Ustaz.
Wasalam

Faiz Muhamad berkata...

Ayah mungkin dipanggil untuk pengesahan nikah wali hakim. Sama ada anak dara atau janda sama sahaja.

Faiz Muhamad berkata...

Denda tetap sama. Rm1,000 denda maksimum untuk kesalahan nikah luar negara bagi setiap individu. Lepas buat rayuan biasanya dapat diskaun.

Sama seperti langgar lampu isyarat merah. Kali pertama langgar kena saman rm300. Lepas buat rayuan mungkin dapat diskaun Rm150. Kali kedua langgar tetap kena saman Rm300. Lepas buat rayuan mungkin dapat diskaun Rm150.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk daftar nikah dalam Malaysia tidak menjadi masalah. Mengikut sistem perundangan di Malaysia, pasangan bukan beragama Islam perlu mohon bubar perkahwinan terlebih dahulu di mahkamah sivil. Selesai urusan bubar perkahwinan nanti pasangan boleh membuat pengesahan & daftar nikah di pejabat agama Islam daerah yang terdekat seperti biasa.

Faiz Muhamad berkata...

Pasangan yang bernikah atas dasar sayang & cinta pada pasangan semata-mata, berpotensi besar untuk bercerai. Sama ada mereka bernikah dalam malaysia atau luar negara.

Faiz Muhamad berkata...

"Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik".

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sekiranya seseorang isteri ditinggalkan suami tanpa nafkah & tanpa khabar berita, isteri boleh mohon fasakh atau cerai takliq di mana pernikahan di buat (Majlis agama islam songkha).

Boleh bernikah dengan perempuan yang sudah sah bercerai dengan suaminya & lepas tamat tempoh iddah. Hukumnya sah. Status janda atau anak dara tidak menjadi salah dari segi hukum syarak. Boleh isytihar anak dara & boleh juga isytihar janda.

Razali berkata...

Terima kasih ustaz atas penjelasan.
Selamat berpuasa ustaz.

Ms Cat berkata...

as salam.. ustaz saya ingin bertanya, jika kita telah membuat aduan tuntutan fasakh pada si suami sambil menunggu tempoh mendapat surat fasak.kemudian, si suami memaksa untuk bersama tanpa kerelaan. adakah sah fasakh setelah mendapat surat fasakh?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Sebaiknya bincang semula baik-baik dengan suami sama ada masih mahu bersama atau tidak. Sekiranya ingin bersama kembali, puan perlu batalkan permohonan fasakh/ aduan takliq. Sekiranya ingin berpisah, puan perlu mintak suami hadir pada tarikh bicara yang sudah ditetapkan oleh majlis agama islam yang berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz sy nak tanya sy sudah bernikah dgn pasangan di thailand pasangan sy yg beragama lain dan telah memeluk islam pasangan sy pernah berkahwin dgn wanita seagamanya dulu dan pasangan sy tidak mahu melepas kan pasangan nya yg beragama lain boleh kah sy mendaftar kan pernikahan sy di malaysia sedang kan pasangan sy ada isteri yg sah beragama lain dan tidak mahu melepaskan nya.

Zainal berkata...

ASSALAMUALAIKUM...Ustaz.
Saya nak tahu, adakah pihak tuan mngadakan pakej utk pernikahan d Thailand pd bulan RAMADAN ini??

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pakej untuk bulan ramadhan berjalan seperti biasa.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk daftar nikah dalam Malaysia tidak menjadi masalah. Mengikut sistem perundangan di Malaysia, pasangan bukan beragama Islam perlu mohon bubar perkahwinan terlebih dahulu di mahkamah sivil. Selesai urusan bubar perkahwinan nanti pasangan boleh membuat pengesahan & daftar nikah di pejabat agama Islam daerah yang terdekat seperti biasa.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz, sy ingin berkahwin dengan seorang lelaki beragama buddha, dia telah berkahwin dgn wanita seagama dengannya, dan dia masih belum bercerai kerana memikirkan anak yang masih kecil.
Soalan saya bolehkah kami berkahwin sedangkan dia belum bercerai? Jika boleh, apakah persediaan yang kami perlu bawa utk proses perkahwinan? Dan Apakah hukuman yang akan dikenakan oleh mahkamah jika kami berkahwin dalam keadaan yang saya nyatakan? Harap ustaz dapat membantu..terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.
Pertamanya; tidak sah berkahwin dengan pasangan yang bukan muslim sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua; seseorang yang baru memeluk Islam secara automatik terbatal pernikahan dengan pasangan yang berlainan agama. Dari segi perundangan di Malaysia, mesti memohon bubar perkahwinan di mahkamah sivil.
Ketiga; sekiranya puan dan pasangan tetap untuk teruskan pernikahan tersebut, akad nikah tetap tidak sah, kecuali selepas pasangan memeluk agama Islam & berpisah dengan isterinya yang bukan beragama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Saya berminat dgn soalan ini dan ingin tahu jawapan daripadausta z

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum ustaz..harap ustaz dapat membantu saya dan pasangan saya.. Saya dan pasangan adalah mahasiswa ygmasih tidak diizinkan berkahwin walaupun dah cuba berunding dgn family masing2 namun kami cuma diizinkan berkawan(couple). Jadi kami merancang utk nikah sembunyi di siam kemudian merancang nikah semula secara rasmi dan terang-terangan di Malaysia bila waktu sesuai. Kami membuat keputusan ini agar tiada sebarang maksiat berlaku dlm hubungan kami. Harap ustaz dpt bagi sedikit penerangan dan adakah akan ada masalah dari segi dokumen di malaysia apabila pernikahan kali di malkedua aysia dilakukan.?

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ustaz untuk pencerahan yg sngat jelas, sy faham...bagaimana pula jika lelaki tersebut memeluk islam semasa proses pernikahan di Thailand tetapi dlm.masa yg sama dia belum bercerai dengan isterinya..bolehkah pernikahan dijalankan? Terima kasih ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tak ada masalah untuk nikah semula dalam malaysia. Buat masa ini, rekod di Majlis Agama Islam Songkhla & Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla tak ada link dengan Jabatan Agama di Malaysia. Pejabat Agama tak dapat kesan kecuali lepas buat pengesahan & daftar di Malaysia. Untuk akad nikah kali kedua tak jadi masalah, selagi pasangan belum daftar nikah dalam Malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Boleh. Nikah sah sekiranya pasangan memeluk Islam di thailand sebelum majlis akad nikah.

Namun, sekiranya pasangan kembali kepada isterinya yang beragama budha & tetap amalkan amalan agama budha, secara automatik islamnya terbatal & pernikahan puan jugak turut terbatal. Puan perlu mohon fasakh (bubar pernikahan) sekiranya itu yang berlaku.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Jawapannya sama seperti soalan dari "lala lala" bertarikh 7 September 2015.

Buat masa ini, rekod di Majlis Agama Islam Thailand & Pejabat Konsul Malaysia tak ada link dengan Jabatan Agama di Malaysia. Pejabat Agama tak dapat kesan kecuali lepas buat pengesahan & daftar di Malaysia. Untuk akad nikah kali kedua tak jadi masalah, selagi pasangan belum daftar nikah dalam Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz.. saya ingin bertanya..boleh ke kalau nikah d thailand tapi backward kan tarikhnya??
adakah ia sah??

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Tarikh nikah dalam sijil nikah mesti sama dgn tarikh akad nikah & sama dengan tarikh cop masuk ke thailand dalam passport. Sekiranya tak sama, sijil nikah tu dikira palsu & sindiket. Tak ada masjlis agama islam thailand yang keluarkan sijil nikah back-dated.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum sy dh nikah kt narathiwat dh setahun..tp perkahwinan blm dftr kt malaysia…sy sendiri tk pasti perkahwinan ni sah atau tk..sbb nikah ajen..selepas 2 minggu perkahwinan baru keluarga sy thu sy nikah kt thailand..sy tk de nombor ajen..sbb suami sy tk nk bg sy..tempoh dlm setahun tu sy selalu kne pukul n maki hamun..oleh suami sy..n suami sy selalu lafazkan cerai..byk kali..sbb suami sy tipu sy..dia mengaku duda ..masa nikah sy isteri nombor dua..bila balik malaysia..sy rupanya isteri nombor 3..sy keliru dgn status perkahwinan sy..boleh ker sy keluar dari rumah suami sy..n nikah dgn org lain tnp surat cerai dari thailand..sbb masa nikah tu kami masuk tanpa passport..boleh bg penerangan..mengenai status perkahwinan sy..sah atau tk..n berdosa ker sy keluar rumah suami sy..sbb dia byk kali lafazkan ” aku ceraikan kau ” setiap kali dia marah..dh byk kali..sgt..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz...sy dan suami telah berkahwin di Thailand 2 tahun lepas, suami peluk islam di sana krn takut diketahui oleh keluarga.hingga kini kami belum daftar perkahwinan di Malaysia.masalah sy ialah. Suami sebenarnya sudah mempunyai isteri yg sah yg bkn beragama Islam..mereka belum bubar perkahwinan mereka dan mereka masih tinggal bersama, tapi tidak menjalinkan hubungan suami isteri(tidur berasingan). Alasan suami tidak lepaskan isteri lama, kerana bapanya yg sakit, tiada org yang jaga..bapanya tidak mahu terima sy...bagaimana status perkahwinan kami,masih kan sah perkahwinan kami?adakah hubungan kami boleh diteruskan?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Nikah sah sekiranya cukup rukun & syarat sah nikah. Sekiranya suami sudah lafaz cerai lebih dari dua kali, sudah tak boleh rujuk lg. Mesti tinggal berasingan & mesti dapatkan sijil cerai dari majlis agama islam yang sama. Untuk nikah semula dengan lelaki lain mesti dapatkan surat cerai. Sekiranya tidak, nikah tidak sah dari segi undnag2 negara malaysia/ thailand.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sewajarnya suami berpisah dengan isterinya yang bukan muslimah atas alasan apa sekalipun. Sekiranya suami masih mengamalkan ajaran agama asal dalam masa yang sama, islamnya terbatal & pernikahan puan jugak dikira terbatal.

Unknown berkata...

Assalamu alaikum...ustaz ..saya warga negara indonesia.saya ingin bertanya..
1.syarat syarat ingin menikah dengan anggota PDRM?
2.bolehkah anggota pdrm keluar negeri dan menikah di indonesia?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk anggota polis & tentera sebaiknya nikah dalam malaysia ikut prosedur jabatan masing-masing. Sekiranya tidak, akan menjadi masalah dari segi undang-undang negara. Kerajaan malaysia hanya mengiktiraf pernikahan anggota yang dibuat melalui ketua jabatan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

...nikah d thailand ni suami mmg wajib juga mmberikan nafkah kpd istri ? Kalau suami x brikan nfkah mcm mana ye ustaz?

Faiz Muhamad berkata...

Sesiapa saja yang bergelar suami wajib memberi nafkah makan minum, pakaian & tempat tinggal pada seorang isteri yang solehah.

Namun, kewajipan memberi nafkah akan terbatal (tidak wajib) apabila pasangannya seorang isteri yang tidak solehah (Contohnya; tidak menjaga aurat/ tidak solat/ & lain-lain).

Suami yang tidak memberi nafkah sedangkan isterinya seorang yang solehah, hukumnya haram & berdosa. Isteri boleh tuntut cerai/ fasakh dari majlis agama yang berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz, bagaimana jika pasangan yang perempuannya telah mengandung luar nikah dan mereka memilih untuk bernikah dithailand sebelum bayi lahir. adakah perkahwinan itu sah ? adakah perkahwinan itu boleh didaftarkan dimalaysia ? dan adakah bayi itu boleh ber bin atau bintikan bapanya sekiranya mereka bernikah dithailad sebelum kandungan berusia 3bulan dan daftar dimalaysia sebelum bayi lahir ?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Nikahnya sah. Pernikahan boleh didaftarkan dalam malaysia. Nama anak sebaiknya diletakkan bin/ binti dengan nama-nama Allah spt Abdullah/ AbdulRahman/ lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

jika ber bin atau binti dengan nama nama Allah, bukankah disijil lahir bayi itu nanti tiada maklumat bapa ? jika boleh, si lelaki mahu bayi itu ber bin atau binti kan nama nya . adakah masih boleh ustaz?

Faiz Muhamad berkata...

Dari segi hukum Islam tak boleh sama sekali & hukumnya haram serta berdosa meletakkan nama-nama anak dengan bin/ binti selain daripada ayahnya yang sah dengan ikatan pernikahan. Boleh rujuk dengan mana-mana pegawai agama yang bertugas di jabatan agama islam terdekat.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz...jika pasangan menikah di thailand,lepas tu mengandung,& dalam 4-6 bulan kemudian baru dia daftarkan pernikahan d malaysia..adakah anak boleh dibinkan dgn nama ayahnya?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz, berapakah mahar (mas kawin) yg perlu disediakan utk pernikahan di Thailand? Terima kasih ustaz

Faiz Muhamad berkata...

Sekiranya anak yang lahir hasil dari pernikahan tidak ada masalah untuk daftarkan anak berbinkan ayahnya. Boleh daftar nikah bila-bila masa sama ada sebelum kelahiran anak atau lepas kelahiran anak tersebut.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Jumlah mas kahwin terpulang pada pasangan masing-masing. Paling baik ikut negeri masing-masing. Contoh; Rm22.50 untuk negeri Johor & Pahang, Rm300 untuk KL & Selangor, Rm101 untuk Perak, Rm80 untuk negeri Kedah & lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

Saya takut JPN x bg binkan ayahnya ..sebab x daftar nikah d malaysia...ke mcm mana ustaz?

Faiz Muhamad berkata...

Mesti daftar nikah sebelum daftar anak untuk binkan anak tersebut dengan ayahnya.

Unknown berkata...

Assalam. Nak bertanya pada ustaz. Kawan saya bernikah di hatyai pada April 2016 tanpa pengetahuan wali (abg) dan sijil nikah didaftarkan melalui konsulat di sana. Pada bulan Jun lepas, suami telah menceraikan kawan saya ketika masih belum mendaftar nikah di Malaysia. Suami kawan saya masih menyimpan sijil nikah mereka dan masih berdolak dalih untuk menguruskan penceraian tersebut. Bagaimana sahabat saya blh menyelesaikan masalah ini?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Suami kena pergi ke pejabat agama di hatyai buat pengesahan cerai. Sekiranya suami enggan buat, isteri kena pergi buat aduan mohon cerai fasakh & bawak dua org saksi. Nanti imam akan keluarkan surat cerai.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya jika tuntutan fasakh dibuat bukan ditempat akad nikah tapi surat fasakh dapat dikeluarkan oleh mahkamah melalui pegawai mahkamah, adakah tuntutan fasakh itu sah?mohon menjawab soalan saya. terima kasih ustaz

Ms Cat berkata...

assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya jika tuntutan fasakh dibuat bukan ditempat akad nikah tapi surat fasakh dapat dikeluarkan oleh mahkamah melalui pegawai mahkamah, adakah tuntutan fasakh itu sah?mohon menjawab soalan saya. terima kasih ustaz

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tuntutan fasakh & sijil cerai fasakh tetap sah sekiranya dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah.

Unknown berkata...

As'slm...
Sy tlh bernikh pada tahun 2009.tp sehingga skrg suami x mendaftarkn pernikahan kami di malaysia..dh byk cara sy sruh dia buat tp semua tidk berhasil.skrg sy nk menuntut fasakh dr suami krn dia x mampu.dia hnya mampu bg tmpt tinggal n sebuah motor tuk sy bekerja.yg lain sy bergrk sndri termsk urusan ank.blh ustaz bntu sy mcm sy nk buat tuntutan fasakh di thailand.sy amat berhrp ustaz dpt membntu.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Sebaiknya puan berbincang dengan cara baik dengan suami. Sekiranya sudah tidak ada lagi jalan untuk berbaik, boleh mintak suami lepaskan dengan cara baik. Sekiranya suami tidak bertanggungjawab & tak bagi kerjasama, puan boleh mohon fasakh di majlis agama islam yang sama. Dalam masa 30 hari majlis agama islam thailand akan keluarkan sijil cerai.

Tanpa Nama berkata...

Kes sama seperti kawan sy..Ustaz kalau lelaki tersebut belum bercerai dgn isterinya yg beragama hindu, tetapi telah bernikah dgn pasangan muslimah. Adakah sijil nikah mereka di Thailand tersebut masih sah? Ada kemungkinan ditangkap dan dikenakan tindakan oleh mahkamah atas kesalahan khalwat atau kesalahan yg lain?

Faiz Muhamad berkata...

Jawapannya tetap sama. Sijil nikah sah. Namun, sekiranya pasangan kembali kepada isterinya yang beragama hindu & tetap amalkan amalan agama hindu, secara automatik islamnya terbatal & pernikahan tersebut juga turut terbatal. Perlu mohon fasakh (bubar pernikahan) sekiranya itu yang berlaku. Sekiranya ada laporan terhadap pasangan, boleh diambil tindakan oleh penguatkuasa jabatan agama.

Unknown berkata...

salam ustaz.. sy nak tnya.. dah 2 tahun nikah di thailand... dokumen lengkap dan ada pengesahan dari konsulat di songkhla. tapi masih belum daftar di malaysia. boleh ke sy daftar sijil lahir anak sy dengan menggunakan sijil nikah thailand.. anak pun dah umur 2tahun. ke ada cara lain.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ust..
Untuk bernikah di Thailand, adakah perlu membawa saksi dari malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sesetengan JPN tak terima sijil nikah dari thailand untuk urusan daftar anak. Apa yang puan perlu buat; daftar nikah tersebut dalam malaysia secepat yang mungkin. Selesai urusan daftar & dapat sijil nikah malaysia, tak ada masalah untuk urusan daftar anak di JPN.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sebaiknya bawak 2 orang saksi dari Malaysia. Sesetengah hakim di Malaysia mewajibkan 2 org saksi hadir ke mahkamah untuk urusan pengesahan nikah.

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz. Sy telah menikah dinsongkla pada oktober 2015 dan mndftrkan nikah di mlysia pda januari 2016. Kami telah di panggil utk sesi soal selidik dan menunggu dipanggil mahkamah. Masalah skrg shingga hari ini kami masih belum terima surat panggil ke mahkamah mungkin disebabkan byk kes nikah thai tlh mndftr bagi program pemutihan (pahang) yg di lancar oleh jaip bgi semua psgn yg nikah di thai utk mndftr dan tidak dikenakan denda. Sy juga telah selamat melahirkan anak kami 2 hari lepas. Mslahnya skrg kami cuma ada surat akaun pendaftaran nikah dri jaip sahaja. Bolehkah surat ini digunakan utk dftr kelahiran anak kami beserta dgn bin suami sy?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Sebaiknya tunggu hingga dapat sijil nikah Malaysia. Sekiranya masih berhajat utk daftar anak dengan kadar segera boleh rujuk dengan JPN. Bergantung pada budi bicara pegawai JPN.

Tanpa Nama berkata...

Asalam ustz....jika sdh brnkh d thailnd...ttpi tidak mndftrkn di msia...adakah dikira dtgkp khalwat jika pihak mjlis agama mlkukn serbuan???

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz..sy dan suami nikah sirri menggunakan wali hakim.tanpa ada hitam putih. tujuannya kami mahu elakkan maksiat. dan halalkan hubungan. tidak lama kemudian istri pertama suami memaksa suami menceraikan sy dengan syarat di hadapan dia. sedangkan suami tidak berniat. soalan sy ;

1. adakah jatuh talak ke atas sy jika suami melepaskan sy dihadapan istri pertamanya sedangkan di hatinya tdk mahu melepaskan sy.?

2. sy terpaksa mengalah utk dilepaskan memandangkan istri pertama mendesak suami. adakah jatuh talak ke atas sy kerana sy menggugat cerai.

3. memandangkan kami bernikah secara rahsia, boleh kah kami rujuk kembali secara diam-diam tanpa pengetahuan istri pertama suami dan org lain.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz,mohon penjelasan bolehkah isteri membuat taklik dgn alasan suami tidak pulang melebihi 4bulan? Isteri tidak tinggal bersama suami sebaliknya bersama keluarganya..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Jatuh talak. Boleh rujuk semula atas keredhaan suami isteri & tak perlu libatkan pihak-pihak yang lain.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Isteri boleh mohon cerai taklik atas sebab suami tidak bersekududukan dengan isteri lebih dari 4 bulan atau tidak memberi nafkah lebih dari 4 bulan (boleh rujuk taklik yang tertera pada sijil nikah).

Fatien berkata...

salam saya ingin bertanya sekiranya saya dan pasangan sudah menikah tanpa pengetahuan keluarga kedua2 pihak dan ingin menikah semula di Malaysia , bagaimanakah syarat2nya ye?? mohon penjelasan lebih terperinci

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk nikah semula dalam Malaysia boleh mohon di pejabat agama ikut prosedur biasa seperti pasangan-pasangan lain yang belum berkahwin. Tidak ada apa-apa syarat. Ikut prosedur biasa yang ditetapkan jabatan agama islam ikut negeri masing-masing.

Intansofea berkata...

Salam ustaz saya mohon jawapan dri ustaz.sy dan suami kahwin di Thailand tahun 2012.sekarang belum daftar lagi di sini..hasil perkahwinan saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 3tahun.di sini saya keliru mohon penjelasan...adakah kami masih boleh mendaftar perkahwinan kami disini.menurut rakan sya,kelewatan mendaftar juga akan di kenakan denda...betul ke ustaz?dan anak juga x dapat daftar sekolah sekiranya tidak daftar kahwin....mohon penjelasan..assalamualaikum. .

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Bolah daftar nikah pada bila-bila masa. Buat masa ini JPN tidak terima sijil nikah dari thailand untuk urusan daftar anak. Apa yang tuan perlu buat; daftar nikah dalam malaysia secepat yang mungkin untuk urusan daftar anak & urusan persekolahan anak. Selesai urusan daftar & dapat sijil nikah malaysia, tak ada masalah untuk urusan daftar anak di JPN. Maksimum denda lewat daftar Rm1,000 bagi setiap pasangan.

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz. sy berkahwin gan bekas suami pada tahun 2010. pada hujung tahun 2015 dia telah meninggalkan sy tanpa sebarang berita dan nafkah. sy berkahwin dengan nye di songkla. masalahnye ustaz, sekarang ni sy merasakan surat nikah kami tu adalah palsu. sbb surat nikah yg ada pada sy ada 1 salinan sahaja. lepas bernikah di thailand tu sy dan bekas suami x pergi membuat pendaftaran di konsulat malaysia. masalahnye sekarang boleh tak saya membuat pembatalan perkahwinan dimana2 cawangan jabatan agama islam terdekat? adakah sy akan di denda? adakah sy perlu dptkan surat cerai?

ika dini berkata...

salam..saya warga negara indonesia dan bakal suami warga malaysia kami dah ada plan mnikah fi indonesia.surat menyurat dah kami buat tetapi bkal suami saya tak boleh dpat surat kbenaran berkahwin luar negara dari malaysia..kita dah buntu sekarang tak tau nak buat apa. apakah kami boleh menikah di thailand kmudian mendaftarkan pernikahan kami di malaysia?adakah kami akan kena denda?
tolong kami tuan..kami ingin segera menikah

Tanpa Nama berkata...

Asalamuaikum ustaz sy menikah di thailand pada 30/5/2016 tapi sy dan suami masih belum dartar konsulat sebab masalah kewangan berapa lama tempoh untuk sy dan suami mendartar konsulat kos untuk mendartar konsulat berapa pulak sy bimbang takut lewat dartar konsulat kena nikah lain d songla dan satu lagi soalan sy ustaz sy berpoligami sy isteri kedua dan untuk dartar d malaysia bole ka dartar tnpa pegetahuan isteri petama dan bolekah dartar di perlis sy ic kedah suami pulau pinang hrp ustaz dpt membantu

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Majlis akad nikah yang dibuat di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla adalah sah mengikut hukum syarak walaupun tidak membuat pengesahan dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla. Untuk urusan penceraian MESTI rujuk semula di majlis agama Islam yang sama.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh nikah di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand. Selesai urusan pernikahan & pengesahan dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di songkhla, terus daftar di Malaysia. Boleh dikenakan denda maksimum Rm1,000.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Urusan pengesahan dokumen nikah di Pejabat Konsul & proses daftar nikah dalam Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja mengikut alamat IC. Isteri pertama mungkin dipanggil untuk pengesahan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz...sya sudah punyai isteri...akan tetapi sya ingin nikah lagi seorang isteri,tetapi sya tidak mau isteri yg sedia ada tau akan pernikahan sya lagi..boleh ke sekiranya nikah sya ini buat di Selangor sahaja.. tnpa pengetahuan isteri yg sedia ada... sekian terima kasih ustaz.. seluruh keluarga bakal isteri sya sudah mengetahui sya ada isteri lain dan tiada bantahan... terima kasih ustaz..

«Lebih lama ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 542   Terbaru› Baru»