Ahad, 1 Mac 2020

Proses Daftar Nikah Tanpa Kebenaran

Secara ringkasnya, step-by-step amalan pengesahan & daftar nikah Tanpa Kebenaran begini;


Pertama: Sediakan afidavit permohonan pengesahan nikah Tanpa Kebenaran. Boleh buat di mana-mana pejabat peguam syarie.


Ke-2; Hantar permohonan ini di mahkamah syariah untuk mendapatkan tarikh bicara. Mahkamah akan tetapkan tarikh untuk hadir bicara (dalam masa 1 bulan).


Ke-3; Pasangan suami isteri mesti hadir bicara pada tarikh tersebut. Selesai perbicaraan, hakim akan tetapkan tarikh untuk pasangan datang semula bagi mendengar keputusan (dalam masa 1 bulan).


Ke-4; Suami isteri perlu hadir untuk mendengar keputusan hakim. Di sini, hakim akan mengesahkan pernikahan pasangan. Selepas hakim memutuskan pernikahan tersebut sah mengikut hukum syarak, mahkamah akan keluarkan surat perintah daftar nikah (dalam masa 1 bulan).


Ke-5; Pasangan perlu hadir untuk mengambil perintah mahkamah tersebut dengan & bawa ke pejabat agama daerah untuk daftar nikah.


Ke-6; Isi borang daftar nikah online yang telah disediakan oleh pejabat agama. 


Ke-7; Akhir sekali, pasangan perlu bayar denda atas kesalahan nikah tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Malaysia. Denda maksimum bagi kes poligami adalah Rm3,000 bagi setiap pasangan manakala denda maksimum bagi kes bukan poligami adalah Rm2,000 bagi setiap pasangan. Selepas 1 bulan, pasangan perlu hadir semula ke Pejabat Agama Islam untuk mengambil sijil nikah. Sampai di sini, selesailah urusan daftar nikah. 


*Amalan Daftar Nikah Setiap Negeri Dalam Malaysia Hampir Sama*

Tags: Nikah Kahwin di Siam, Nikah Kahwin di Thailand, Nikah Kahwin di Songkhla.

149 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah perlu bernikah semula?

Faiz Muhamad berkata...

Tak perlu nikah semula.

Tanpa Nama berkata...

Adakah amalan daftar nikah di negeri Kedah sama dgn amalan dari negeri-negeri lain

Faiz Muhamad berkata...

Hampir sama. Ada sikit perbezaan dari segi tertib susunan (step 1 - step 7) & budi bicara hakim di setiap mahkamah.

Unknown berkata...

Denda masih sama ke bagi negeri2 lain?

Faiz Muhamad berkata...

Masih sama.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya xdaftar lebih dr 5 atau 6 tahun berapa denda dia ya...

Faiz Muhamad berkata...

Sekiranya tak daftar, tak dikenakan sebarang denda, walaupun 30 tahun. Sekiranya daftar, denda tetap sama. Maksimum rm1,000 untuk kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran, walaupun urusan daftar dibuat lepas 5 tahun @ 10 tahun. (Berita baik untuk rakyat pahang, buat masa sekarang jabatan agama islam pahang tak kenakan sebarang denda untuk pasangan yg nikah di thailand tanpa kebenaran).

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..saya nk tanye untuk daftar semula di malaysia (kedah)dokumen apa yg diperlukan? Klu sekarang border pass yg digunakan hilang (digunakan 5thun lps semasa pergi akad nikah)apa hukuman atau denda yg dikenakan?terima kasih ustaz..

Rafida berkata...

Assalamualaikum ustaz,
Adakah kedua-dua suami isteri perlu hadir pada semua process di atas? Atau semasa perbicaraan sahaja yang mana salah seorang sahaja boleh berurusan utk collection etc.

Terima kasih ustaz.

haidalhaq berkata...

Salam..ustaz, hakim minta kami sediakn afidavit ktrangan..ade contoh x??

haidalhaq berkata...

Afidavit ktrngan brtulis..bkn borg afidavit yg mhkmah bagi..

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tuan/ puan kena buat akuan sumpah di pejabat pesuruhjaya sumpah.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Perbicaraan kali pertama & sesi keputusan suami & isteri mesti hadir. Lain2 bergantung pada permintaan mahkamah.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh buat afidavit di mana2 pejabat peguam syarie yg terdekat. Biasanya bayaran rm30 - rm100. Lebih mudah & lebih selamat. Kadang2 kesilapan teknikal yg sikit pun terpaksa tangguh perbicaraan di mahkamah.

Norsuraya mohd noor berkata...

Assalamualaikum ustaz....sy alamat ic di penang boleh ke daftar di kedah?saya p Ipoh x blh daftar sbb ic penang,,,di penang pejabat agama kena infrom kt isteri pertama,,,klo blh kami nk jg ht isteri pertama tampa memberi tahu dia

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk rahsiakan dari isteri pertama, saya cadangkan tak perlu daftar lagi buat sementara waktu. Bila dah bersedia untuk bgtau isteri pertama nanti baru buat urusan daftar.

Unknown berkata...

Utk cara ke2 tu pasangan suami isteri kne pergi atau slah seorg boleh pergi? Sy nk daftar tp ada msalah nk mntak cuti..

Faiz Muhamad berkata...

Salah seorang suami atau isteri boleh hadir untuk buat pengesahan & pendaftaran nikah walaupun tanpa pasangan.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz. Sekiranya kami kahwin di thai ketika suami dlm proses perceraian dgn isterinya (isteri beliau yg tuntut fasakh). Dan slps kami kawin d thai baru suami selesai urusan perceraian. Bila daftar nikah d msia, perlukah melibatkan isterinya yg dulu bg keterangan sbg poligami atau bgmana ? Kami risau isteri dulu xnak bg kerjasama utk daftar nikah d msia.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan pengesahan nikah mesti dibuat di mahkamah tinggi syariah. Sekiranya si suami sudah bercerai dengan isteri pertama, tak perlu libatkan bekas isteri. Cuma perlu bawak sijil cerai sahaja.

Unknown berkata...

Saya orang negeri sembilan. Jika bicara di pahang. Adakah sy x kena denda?

Faiz Muhamad berkata...

Pengecualian denda buat masa sekarang hanya untuk rakyat negeri pahang yang daftar dalam negeri pahang sahaja. IC mesti alamat negeri pahanag.

Tanpa Nama berkata...

Assalam,saya nk nikah poligami,slps daftar adakal mahkamah akan maklumkan pd isteri pertama?Tujuan nikah di thailad adalah utk tidak diketahui oleh isteri pertama. Mohon pencerahan.Tkasih

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan nikah di thailand tak perlu maklum pada isteri pertama. Namun, urusan pengesahan & daftar nikah dalam malaysia mesti melibatkan isteri pertama (kecuali kes tertentu yang diwakili oleh peguam syarie).

Tanpa Nama berkata...

Asslmlkum ustaz.sy nak tnya.ada cara lain x utk rhsiakn dr pengetahuan isteri pertama semasa pngesahan dn daftar nikah di malaysia setelah brnikah di thailand?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk rahsiakan dari isteri pertama boleh lantik peguam syarie semasa pengesahan & daftar nikah. Apa pun sebaiknya maklumkan pada kedua-dua isteri status sebenar sama ada sebelum nikah atau selepas nikah. Supaya tidak timbul fitnah, ketidakadilan dari segi nafkah, hak bermalam & lain-lain urusan yang berkaitan dengan harta.

Unknown berkata...

assalammualaikum ustaz, sy nak tanya jika nak daftar nikah dimalaysia soalan2 apakah yg akan disoal jawab ketika dimahkhamah?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Soalan-soalan biasanya berkaitan dengan prosedur akad nikah Majlis Agama Islam Thailand sahaja. Boleh rujuk pada sijil nikah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz. Kenapa ada rakan saya didenda 7ribu sbb bnikah dluar mlysia?nikah di indonesia.dh disuruh bayar dlm masa seminggu.lain ke dendanya klu nikah di indonesia dgn songkla?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaanya KOS GUAMAN + DENDA menjangkau Rm7,000 untuk 1 pasangan. Maksimum denda hanya Rm1,000 untuk setiap kesalahan (sekiranya berkenaan):
1. Nikah luar negara tanpa kebenaran (suami).
2. Nikah luar negara tanpa kebenaran (isteri).
3. Poligami tanpa kebenaran (satu pasangan).
4. Lewat daftar nikah lebih dari 6 bulan (satu pasangan).

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz.. saya nak bertanya, saya lahir di selangor, pasangan lahir di KL .. jika kami bernikah di thailand, adakah perlu kami untuk mendaftar pernikahan kami di malaysia? dan sekiranya perlu, apakah prosedur yang terlibat? adakah kami perlu membayar denda? jika kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan di thailand, ada apa apa tindakan tak yang akan dikenakan kepada kami? kami ingin merahsiakan pernikahan kami daripada pengetahuan ahli keluarga masing2, sekiranya kami ingin bernikah sekali lagi di malaysia (agar rahsia pernikahan di thailand tidak terbongkar), macam mana prosedur nya? adakah memerlukan mas kawin sekali lagi ? terima kasih

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh nikah di Majlis Agama Islam Thailand & tak perlu daftar dalam malaysia. Tidak ada denda kerana denda hanya dikenakan untuk pasangan yang mendaftar sahaja. Nikah adalah sah. Boleh akad nikah semula seperti biasa ikut adat melayu & prosedur kerajaan malaysia sekadar untuk dapatkan sijil nikah malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan Faiz, saya dan suami bernikah di luar negara (UK). Suami bukan warga negara Malaysia. Perkahwinan kami didaftarkan di negara tersebut dan kami tak daftarkan di Malaysia. Boleh tak kami gunakan sijil nikah luar negara kami untuk apply Long Term Social Visit Pass?

Unknown berkata...

assalamualaikum ustaz jika sudah bernikah di thailand waktu pendaftaran di pejabat agama perlu bawak wali atau tidak? adakah masih dirahsiakan?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk urusan visa kena rujuk dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaannya mahkamah akan panggil wali untuk pengesahan nikah. Semuanya atas budi bicara hakim semasa urusan pengesahan nikah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan. Yang dimaksudkan dengan kes tertentu tu bagaimana ye? Saya dn pasangan ingin merahsiakan perkahwinan dari isteri pertama kerana ugutan isteri pertama yang ingin menyaman isteri kedua dan saya sebagai suami sekiranya berpoligami. Mohon sedikit pencerahan.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kes yg diwakili peguam tak perlu libatkan isteri pertama.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMULAIKUM,

sekiranya suami isteri pernah berkahwin di indonesia yg agak lama, dan tidak pernah mendaftarkan pernikahan secara sah di malaysia bagaimana?

pasangan tersebut mempunyai surat keterangan pernikahan di indonesia,?
isteri adalah pemegang passport dan suami adalah warganegara.
apakah yang patut mereka buat?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Cara terbaik; rujuk dengan pegawai pejabat agama islam daerah terdekat sama ada dokumen lengkap atau tidak. Sekiranya lengkap, boleh buat pengesahan & daftar seperti biasa. Sekiranya tidak lengkap, kemungkinan pasangan perlu akad nikah semula ikut prosedur biasa.

Unknown berkata...

Assalam..ust saya nak tnya..mcm mana nak dapatkan balik surat pengesahan perkahwinan duta ye..surat saya yang tu hilang..surat nikah saja ada

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Kena hadir semula & dapatkan pengesahan baru. Untuk bantuan boleh hubungi saya:0124952275

Tanpa Nama berkata...

Adakah sijil cerai daripada pejabat agama Malaysia menjadi document yg wajib utk bernikah di Thailand ustaz? Kerana kawan saya ingin bernikah di Thailand dan utk makluman ustaz pasangan beliau adalah janda. Tetapi proses penceraian pasangannya dengan bekas suami masih dalam kes perbicaraan dan sijil cerai masih tidak dapat. Menurut pasangan beliau bekas suaminya sudah melafazkan talak di depannya tetapi bila perbicaraan berlangsung bekas suaminya menyatakan lafaz cerai tersebut tidak dgn niat dgn sebab utk menyiksa bekas isterinya utk berkahwin lagi. Jika tiada surat cerai tersebut bolehkah proses pernikahan tersebut dijalankan dan adakah pernikahan tersebut sah di sisi agama dan apa document lain yg perlu ada utk proses pernikahan di Thailand itu. Mohon pencerahan daripada ustaz. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz..saya nak tanya kami menikah tahun 2003 & dikurniakan 3org anak..waktu kami nikah suami berstatus suami org..tp skrg dia dh cerai ngan isteri pertama..

kami xdaftar sbb masalah kewangan&rumit..kami hanya ada sijil nikah je..rakan suami yg bawa maksud thailand jd xde apa2 border pass..

skrg kami plan nak daftar nikah dimalaysia..apa yg kami perlu wat dl supaya x rumit&ulang alik banyak kali.

macam mana kalau rupa2nya kami nikah xsah..mcm2 yg sy fikir & takut..

ada x cara & apa2 cadangan ustaz yg leh mudahkan kami daftar sbb kami xde apa2 dokumen

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz, kalau nikah di thai ni x daftar di malaysia... lepas tu dlm masa 5 tahun bru nikah dgn akad yg kedua boleh ke?? Ada kene denda ape² x.. mohon pencerahan

Faiz Muhamad berkata...

Dokumen cerai wajib ada.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh terus buat pengesahan mahkamah. Sekiranya ada masalah berkaitan dokumen boleh hubungi saya:012-4952275 (faiz).

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh & tak menjadi sebarang masalah. Tak ada apa2 denda.

Tanpa Nama berkata...

Assalamuaikum ustaz..
Nak​ tanya​ saya​ nikah​ di​ thailand​ tanpa surat​ kebenaran tapi​ isteri saya​ orang​ thailand.. Sekarang​ nak​ daftar​ di​ malaysia.adakah perlu saya​ bayar​ denda​ dan​ naik​ mahkamah

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz kalau nikah kampung di sabah tahun 2016 boleh daftar di Selangor ka. Kami tiada apa2 dokumen atau sijil sebagai bukti. Jurunikah tu pun kami dah lost contact. Kami dah ada 2 org anak. Rasanya masih boleh daftar atau kena nikah semula.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Mesti melalui proses pengesahan di mahkamah syariah serta bayar denda.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

"Nikah kampung" tanpa wali nasab hukumnya tidak sah.

Pasangan mesti akad nikah semua ikut hukum Islam.

Anak yang lahir akan dikira sebagai anak tidak sah taraf (boleh rujuk JPN).

Tanpa Nama berkata...

Assalam.. saya hendak bertanya.. jika wali sudah tahu tentang pernikahan saya di thailand.. dan saya ingin mendaftar nikah di malaysia.. tetapi wali enggan memberi kerjasama.. apa yang perlu saya lakukan?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Perlu buktikan nikah telah sah mengikut rukun & syarat sah nikah. Hakim hanya perlu pengesahan dari wali nasab sekiranya pernikahan wali hakim meragukan.

Unknown berkata...

salam..kami dh 5 tahun brnikah di thailand(isteri kedua)tp smpi skrg blum daftar dimalaysia..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Mungkin soalan tuan berkenaan berapa jumlah denda daftar nikah selepas 5 tahun?

Jawapannya: tuan perlu tambahan bayaran rm1,000 bagi kes lewat daftar denda.

Atau mungkin soalan tuan sama ada boleh daftar selepas 5 tahun atau tidak?

Jawapannya: boleh. Yang peting, tuan perlu lengkapkan 8 dokumen utama seperti yg sy senaraikan di halaman paling atas blog saya.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. Saya nk tanya, saya dah berkahwin di narathiwat dekat 5tahun lebih dan saya tengah mengandung 5bulan anak pertama kami. Sampai sekarang kami masih tidak daftar perkahwinan kami dekat malaysia. Salinan nikah kami ada 3salinan sahaja. Macam mana cara untuk kami daftarkan perkahwinan kami ni ye?. Anak kami boleh ke di bin binti nama bapa kandung sekiranya kami baru daftar sekarang?.

Tanpa Nama berkata...

Assalam Ustaz,

Masih perlukan hadir kursus perkahwinan untuk pendaftaran semula nikah di malaysia selepas nikah di thai?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Pertama: dapatkan 8 dokumen lengkap dari songkhla. Kemudian, terus buat pendaftaran di malaysia ikut proses seperti di ataa. Selesai. Sekiranya perlukan bantuan, hubungi saya: 012-4952275

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Kebiasaanyan tak perlu. Cuma ada sesetengan pegawai agama yg wajibkan hadir kursus kahwin walaupun sudah berkahwin. Boleh rujuk pejabat agama tempat pendaftaran dibuat.

Unknown berkata...

As salam, saya berkahwin di bangladesh dan suami saya warga bangladesh.saya ingin daftar nikah dekat malaysia. Berapakah denda yang perlu dibayar?

Unknown berkata...

Salam ustaz ,sy nk tnya sy sudah bernikah di Thailand sbb ayah sy tidak ada surat nikah yg sah dr malaysia,ayah sy bernikah di Thailand bersma ibu sy pd 30 tahun yg lalu,dh sudah bercerai ketika umur sy 6 tahun..Dan tidak pernah dftar di mana2 pjabat agama..ini adalah masalah Kpda sy apabila ingin menikah di malaysia kerana wali tidak dpt kemukakan sijil nikah..ayah sy tahu sy bernikah di Thailand tp tidak ikut semasa kami ke Thailand..adakah pernikahan sy ini merumitkan ustaz?sy ingin dftar di malaysia..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Rujuk jawapan di atas.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Tak susah. Sekiranya perlukan bantuan, boleh hubungi saya : 012-4952275 (faiz)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..ustaz...kalau ank perempuan saya nk menikah disini ada masalah.....saya nikah di thailand tapi belum daftar lg disini...kerana masalah kewangan.....saya bimbang ustaz adakah kerana ini akn menimbul masalah utk suami saya menjadi wali.....selama ny urusan daftar sijil kelahiran dan sek...kami guna sijil nikah thailand shj....dan xda masalah.....

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Untuk mohon wali nikah di Jabatan Agama Ialam Malaysia, perlu sertakan sijil nikah Malaysia.

Ada kajian mendapati 70% pasangan yang mempunyai sijil nikah Thailand adalah pernikahan yang TIDAK SAH. Walaupun dokumen nikah lengkap.

Pengesahan di mahkamah syariah akan menentukan sama ada sesuatu pernikahan adalah SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK atau TIDAK.

Soal HUKUM SYARAK adalah yang utama berbanding DOKUMEN.

Pernikahan yang berlaku di Malaysia walaupun tidak mempunyai apa-apa dokumen tetapi MENEPATI HUKUM SYARAK & boleh dibuktikan di mahkamah syariah melalui wali & saksi akan disahkan oleh mahkamah syariah.

Pernikahan yang TIDAK MENEPATI HUKUM SYARAK sama ada pernikahan di Malaysia atau di Thailand, TIDAK akan disahkan oleh mahkamah syariah walaupun dokumen nikah adalah lengkap.

Unknown berkata...

Hari tu saya tengok rm2000 saja bagi pasangan bukan poligami, sekarang dah rm5000😱

Tanpa Nama berkata...

Saya dan suami telah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan wali sata dan isteri no 1 .. Soalan nya
1. Bolehkah saya nikah semula di Malaysia utk menutup agar org tidak tau kami bernikah di Thailand.
2. Perlukah persetujuan dari isteri 1?
3. Perlukah wali hadir?

Terima kasih

Unknown berkata...

assalamualaikum ustaz.. sy nak tya sy nikah kat thailan dah pergi makamah dah buat pembayaran tp surat untuk daftar nikah makamah lambat bagi.. dalam tunggu surat tu kami bercerai.. sy ada pergi pejabat agama utk buat surat percerai tp nama sy belum di daftar.. jadi apa kah status sy sekarang..

Faiz Muhamad berkata...

1. Boleh. Dalam mazhab syafie, hukumnya harus.

2. Bagi proses permohonan poligami dalam malaysia, isteri pertama dipanggil ke mahkamah.

3. Wali wajib hadir.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Dalam kes begini, ada 2 pilihan:

Pertama: tunggu sehingga selesai pengesahan & pendaftaran nikah, kemudian teruskan dgn pengesahan cerai di mahkamah.

Kedua: buat pengesahan & pendaftaran cerai di thailand, kemudian daftarkan semula di malaysia.

***Kebiasaan kes pengesahan nikah atau cerai di mahkamah syariah malaysia ambik masa 6 bulan.

*Kebiasaan kes pengesahan nikah & cerai di majlis agama islam thailand hanya ambik masa 1 jam sahaja.

Unknown berkata...

Salam sy ada soalan.sy dn suami sudah dpt surat dr makamh syariah ttg saman nikah dithailand.kene bwk duit denda sekali ke?atau makamh akn bg tarikh lain lg utk bayar denda?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Saman (panggilan) hadir mahkamah untuk pengesahan nikah hanya perlu hadirkan diri sahaja.

Saman (panggilan) bagi tujuan pendakwaan atas kesalahan nikah tanpa kebenaran, perlu sediakan bayaran denda secukupnya.

Unknown berkata...

Anak jati Pahang yg bernikah di Thailand perlu membayar denda ke ustaz.

Unknown berkata...

Pernikahan luar negara tanpa kebenar dokumen yg perlu di bawah masa panggilan pertama ke mahkamah

Unknown berkata...

Assalamualaikum uztaz.. Sy nikah dekat Thai Dan sudah dapt perintah daftar Dr mahkamah.. Sy nk tnye dpt surat Dr mahkamah Selangor Dan nk daftar dekat pejabat agama johor blh ke? Mohon pencerahan

Unknown berkata...

salam ustaz bayaran denda tanpa kebenaran berapa yer tahun 2020 sye dah nikah di Thailand dah nak masuk 5 tahun berapa bayaran denda yang di kenakan??

kristalunggu.blogspolt.com berkata...

Assalamualaikum ustaz, boleh ke bernikah di thailand dlm musim pkpp ni?

Unknown berkata...

Assalammualaikum encik.. Berapa lama kah proses permohonan berlangsung?

Faiz Muhamad berkata...

Ini maklumat tahun 2015. Maklumat terkini sila rujuk pejabat agama.

Faiz Muhamad berkata...

Ya.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tidak boleh. Wajib daftar ikut di negeri yg sama.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Makasimum denda Rm3,000. Rujuk di atas.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaanyan 4 bulan. Bergantung pada kes mahkamah & pengurusan jabatan agama serta sekatan2 COVID19.

Unknown berkata...

Asslam ustaz..sya sudh 18 thn berkhwin n msh blm mendaftarkan perkahwinan d Malaysia...

Jika ingin mendaftar d Malaysia apa prosedur yg perlu sya lalui...

APA dokumen yg perlu sya bwk utk membuat efidevit...Berapakah byrn yg perlu dsediakan utk membuat efidevit tersebut

Saya hanya ada sijil pernikahan d Thailand shj buat masa ini..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Proses daftar tetap sama seperti di atas walaupun sudah 18 tahun nikah.

Senarai dokumen adalan sama seperti di halaman pertama.

www.nikahsiam-kahwinthailand.com

Untuk maklumat lanjut hubungai saya: 012-495 2275.

Maya berkata...

Nk tnya jika menikah tanpa kemuka kn sijil cerai tetapi kemuka surat pengakuan bujang adakah pihak jabatan agama akan dapat kesan salah laku tersebut atau sebalik nya mohon pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz... nak tanya... saya dah 5 tahun kawin di malaysia... saya warganegara manakala suami org rohingia yg mmg membesar dia malaysia... tapi kami nikah x daftar dekat jabatan agama islam... saya nikah ikot adat dyorg... bole saya tahu itu sah atau tak... dan perlu bayar denda atau tak sekira nya saya nak daftar nikah dia pejabat agama islam...

Faiz Muhamad berkata...

Sekiranya salah satu dokumen wajib tak lengkap (tiada pengesahan dokumen cerai dari majlis agama islam songkhla & pejabat konsulat malaysia di songkhla), pasangan akan hadapi masalah yang sangat besar untuk pengesahan nikah di mahkamah syariah serta pejabat agama islam malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Nikah yang sah mengikut hukum Islam sahaja yg boleh disahkan oleh mahkamah syariah malaysia & boleh didaftarkan di jabatan agama Islam malaysia.

Kahwin adat yang tidak mengikut hukum islam, adalah tidak sah & mahkamah PASTI akan arahkan nikah semula mengikut hukum islam.

Proses pengesahan nikah & bayaran denda boleh rujuk prosedur seperti di atas.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz, saya berkawin dgn tok kadi kampung di selangor pada june, ckup syarat sah nikah. Tapi daftar nikah di pejabat agama pada minggu pertama ogos. Tapi anak dlm kandungan akan lahir pada pertengahan januari tahun depan. Apa kah denda yg saya perlu bayar atau prosedur yg perlu dilakukan untuk membuktikan bukan anak luar nikah?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Tok kadi kampung atau tok kadi bertauliah tidak ada dalam senarai rukun nikah & tidak ada dalam syarat sah nikah. Itu salah faham yang banyak terjadi dalam masyarakat malayu.

Rukun nikah 5 perkara:

1. Wali (wali nasab atau wali hakim).
2. Pengantin lelaki.
3. Pengantin perempuan.
4. Dua orang saksi lelaki.
5. Lafaz ijab & qabul.

Kebanyakkan pernikahan diputuskan tidak sah oleh mahkamah syariah & jabatan agama adalah disebabkan tiada wali yang sah semasa majlis akad nikah.

Sekiranya wali nasab masih ada (ayah / datuk dan lain2), maka tidak sah nikah tanpa wali nasab.

Mentaliti masyarakat melayu adalah tok kadi itu dianggap wali nikah. Itu silapnya.

Sekiranya pernikahan sudah diputuskan sah oleh hakim syarie, maka anak yang lahir selepas 6 bulan dari tarikh pernikahan adalah dianggap anak sah taraf & boleh dinasabkan kepada ayahnya.

Sekiranya pernikahan sudah diputuskan tidak sah oleh hakim syarie, maka wajib nikah semula ikut hukum syarak. Anak yang lahir hasil pernikahan yang tidak sah adalah dianggap anak tidak sah taraf & tidak boleh dinasabkan kepada ayahnya.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz perempuan umur 15 nikah d Thailand tanpa wali ada kah sah atau mcm mne ye ustaz

Unknown berkata...

assalam ustaz.. sy dah berkahwin 6 tahun tapi belum daftar di malaysia... denda berapa kena bayar

Unknown berkata...

As salam
Ustaz. Saya dah berkahwin selama 5 tahun. Tpi perkahwinan sya tdk di daftarkan di jabatan agama islam. Semasa berlangsung pernikahan wali sya ayah kandung hnya di hubungi melalui panggilan tlpn sahaja.apa kah pernikahan saya sah..

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Nikah adalah sah, sekiranya menepati rukun & syarat sah nikah seperti saya nyatakan di atas.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Bayaran denda bergantumg kepada kes seperti di atas.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Nikah sah sekiranya menepati rukun serta syarat sah nikah. Wali ayah berhak wakilkan kepada jurunikah malaysia atau thailand atau sesiapa sahaja untuk akad nikah. Sama ada secara bersemuka atau surat wakalah atau melalui telefon.

Faiz Muhamad berkata...

Pernikahan boleh didaftarkan pada bila-bila masa sahaja. Sama ada dlm tempoh 6 bulan selepas nikah, atau 6 tahun atau 60 tahun. Tidak ada batasan waktu bagi urusan daftar nikah.

Unknown berkata...

Terima kasih ustaz..berapakah denda yg akan di kenakan kpd saya. Untuk mendaftrkan pernikahan saya

Faiz Muhamad berkata...

Denda bergantung kepada kes seperti saya nyatakan di atas. Sama-sama.

Tanpa Nama berkata...

Assalam mcm mana nak daftar jikah tanpa pasangan yg hilang tanpa berita di jabatan. Dan mcm mana proses semasammusim covid ni yq?

Unknown berkata...

Salam ustaz. Kalau nikah thai tanpa daftar di Malaysia, jika dapat anak, bolehkah buat surat beranak???

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz sy bernikah di luar kwsn tmpat tinggal tp ad wali dan sorg saksi dr sy yg menjadi mslh sy surat nikah hilang ms bnjir dan tinggal photostat saja sy buntu bole ke sy mntak ustaz hubungi sy...

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Bagi kes macam ni boleh lantik peguam. Atau boleh hubungi saya 012-4952275.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh. Dengan syarat anak itu lahir selepaa 6 bulan dari tarikh pernikahan.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pernikahan sah dengan adanya wali serta 2 orang saksi. Boleh hubungi saya untuk keretangan lanjut serta urusan pendaftaran.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..saya nikah di songkhla pada feb 2020 & masih x daftar di malaysia..

Bagaimana prosedur pendaftaran perkahwinan melibatkan poligami tanpa pengetahuan isteri pertama? Adakah dgn melantik peguam syarie dpt didaftarkan tanpa pengetahuan isteri pertama? Agak2 brp kos jika melantik peguam syarie?

Berapa lama tempoh pendaftaran selesai terutama musim covid?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Proses daftar seperti di atas. Tanpa libatkan isteri pertama & wali atau saksi. Sebaiknya maklumkan pada semua pihak untuk kebaikan & keadilan semua.

Kos peguam Rm3,500 ~ Rm5,000 (bergantung kepada kes)

Unknown berkata...

Salam,ustaz mau tanya,sekiranya seorang perempuan berkahwin dengan warga asing di Malaysia tanpa diketahui oleh wali yang sah dan dinikah kan dan diwalikan oleh warga asing juga yang tak diiktiraf oleh jabatan agama,adakah nikahnya sah

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Nikah tidak sah.

Wali pernikahan yang sah dalam Islam hanyalah wali nasab (ayah, datuk, abang dll) & wali hakim sahaja.

Wali hakim di Malaysia hanya boleh diluluskan oleh ketua hakim syarie sahaja (itu bermaksud wali hakim).

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz..saya kahwin di songkla tahun 2016..2017 saya dah hantar urusan surat nikah di pejabat agama daerah selangor..saya disuruh hantar dokumen untuk buka kes dimahkamah..dokumen tu saya tak hantar sampai sekarang...tahun ni saya akan berpindah ke sabah..boleh tak saya selesaikan urusan daftar nikah di sabah nanti?

Unknown berkata...

Salam ustaz saya dah nikah di thailand narathiwat ada sijil nikah dan dokumen tapi saya nikah waktu covid19 feb 2021 saya masuk tahiland pun lalun tikus. Cuma waktu pergi tu konsulat tutup dan saya tak dapat buat pengesahan nikah di kosulat. Kemudian jika buka pun mati saya kena demda kena penjara dan pengesahan takkan dibuat jika masuk tanpa izin,tapi sijil nikah semua dapat dari wilayah narathiwat,masuk tak pakai passport. Mcm mana saya nak selesaikan perkara ni..saya takut isteri bunting lagi payah saya nak bergerak kesana dan kesini..minta nasihat sewajarnya

Unknown berkata...

Salam ustaz saya dah nikah di thailand narathiwat ada sijil nikah dan dokumen tapi saya nikah waktu covid19 feb 2021 saya masuk tahiland pun lalun tikus. Cuma waktu pergi tu konsulat tutup dan saya tak dapat buat pengesahan nikah di kosulat. Kemudian jika buka pun mati saya kena demda kena penjara dan pengesahan takkan dibuat jika masuk tanpa izin,tapi sijil nikah semua dapat dari wilayah narathiwat,masuk tak pakai passport. Mcm mana saya nak selesaikan perkara ni..saya takut isteri bunting lagi payah saya nak bergerak kesana dan kesini..minta nasihat sewajarnya

eidy berkata...

Ustaz, pengesahan makamah sy dapat, bile di awak pejabat agama sy dimaklumkan akan menerima denda sehingga 6ribu,apakah denda2 tu. Dan betulkan pegawai penguat kuasa maklumkan yg ia akan ambil masa 2 tahun utk selesaikan

Tanpa Nama berkata...

Assalam,saya nk nikah poligami,slps daftar adakah mahkamah akan maklumkan pd isteri pertama?

Unknown berkata...

Assalamualaikum.uztaz sy dh menikah do thailand pads 2010 dh pun mempunyai ank 5 org.yg empat org lulus untuk buat sijil lahir tapibyg alsy lahir 13/3 2021.sy kena dapatkn sijil nikah malaysia.sy dh daftar perkawinan di kelantan.apakh sy kena denda tau hukuman.uztaz kalau sy pegi mana2 pejabat agama.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.. Sy nk tnya sy nikah di thailnd 2019.. tp msa sy mnikah tu sy dlm idah.. tp skrng tngh mngndung.. sy p mhkmh syriah nk daftr tp x boleh sbb sy mnikh dlm idah.. hakim ckp boleh tukar tarikh nikah di thailnd.. baru bolh daftr di malaysia..adkh consulat boleh tukar tarikh nikah kmi di sistem.. sbb hkim mlysia ckp sna bolh tkr tarikh.. mnta pncerahan ustaz..

Tanpa Nama berkata...

Assalaimualaikum ustaz....saya nak tanya...saya khwin di thai tahun 2012....dan sudah daftar di malaysia....masalah saya sekarang....saya tidak teruskan dengan bayaran denda...dan sijil nikah malaysia sy tidak ad hnya ngn sijil nikah thai sahaja......dan sekarang saya nk tuntut faskh dengan pasangan saya....apa perlu saya buat....dan adakah bayaran nya sekarang agak mahal....saya tidak berkerja...minta pencerahan ustaz

syukur berkata...

Salam,saya ada soalan..boleh ke saya nak bernikah tanpa berdaftar?? Dan bagaimana cara nya

Tanpa Nama berkata...

salam ust..sy dah bernikah dithailand pd tahun 2009.. kami dah pergi mahkamah ipoh dan dah bayar denda..tpi selepas tu mahkamah minta kami mohon pengesahan nikah di mahkamah kg gajah sbb kami tggl di kawasan tersebut. Afidavit pun dah buat. tpi kami tggl xlama sbb suami bkerja xtetap di satu tmpt..smpi skrng kami masih belum buat permohonan utk pengesahhan nikah tersebut.. Afidavit..dan setengah dokumen mcm pas perjalann semua dah rosak.n hilang..yg ada cuma surat nikah, dan surat pengesahan nikah. pertanyaan sy, bagaimana cara kami nk mohon semula pegesahan nikah..apakah dokumen yg diperlukan.
adakah kami akan dikenakan denda sekali lagi..

siti suryani binti jafar berkata...

Salam ust,macam mana proses nikah warga asing,pemegang permit kerja sementara,sy dpt tau permit kerja tidak dibenarkan utk berkahwin. Apa sepatut nya saya buat dengan pasangan.kami sdh pon mengenal 7tahun,dri family saya sdh mengizinkan kami untuk berkahwin.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Pejabat konsulat di bukak di dalam Malaysiasepanjang PKP tahun 2021. Boleh buat permohonan secara Online. Maklumat lanjut boleh hubungi saya.

Faiz Muhamad berkata...

Denda atas budi bicara hakim. Kebiasaanya denda Rm700 setiap seorang. Waktu PKP memang urusan denda mahkamah boleh tangguh sampai 2 tahun.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Tidak. Apa2 pun sebaiknya suami perlu maklum pada isteri pertama selepas pernikahan. Supaya boleh berlaku adil pada semua pihak.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Bagi kelahiran anak sebelum 2018 atau 2019, JPN terima sijil nikah thailand.

Bagi kelahiran anak selepas 2018 atau 2019, JPN wajibkan pasangan daftar nikah & bayar denda sebelum daftar anak. Sebaiknya, pasangan dinasihatkan daftar nikah, bayar denda & daftar anak selepas bersalin.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Nikah dalam iddah tidak sah. Wajib akad nikah semula secara sah & dapatkan dokumen nikah baru.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh buat urusan cerai di majlis agama islam thailand. Tak perlu bayar denda.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh. Sila rujuk "Soal Jawab Nikah Siam".

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh terus daftar di pejabat agama & mahkamah syariah. Dokumen yg hilang perlu buat akuan sumpah. Gak perlu bayar denda lagi.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan nikah di Thailand untuk semua warganegara adalah sama.

Tidak ada perbezaan sama ada warga malaysia atau warga thailand atau mana2 warganegara.

Tidak ada perbezaan sama ada permit kerja atau visa pelancong atau pelarian (UNHCR).

Landhaka berkata...

Salam ustaz..saya bernikah di Songkhla pada 2015..sehingga skg blom daftar kat Malaysia..saya tinggal di N.Sembilan..kalau saya nak daftar di tempat isteri saya di Pahang boleh ke..

Unknown berkata...

Assalammuailaikum ustaz sy nak bertanya...sy nie nk nikah tpi wali sy dh lama mghlangkan dri...so boleh ke slsaikan masaalh sy nie..1 lg sy nk tye nty ada kne denda ke bila sy d selangor nty..

Faizal berkata...

Assalamualaikum.en faiz saya nak tanya pendapat pada 15/3/2021 saya kawin di tailand.tapi masalah sekarang saya tak boleh nak daftar di malaysia kerana surat konsulet saya tiada.ape perlu saya lakukan

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.saya nak tanya bagaimana proses untuk suami poligami tanpa pengetahuan isteri pertama.mohon pencerahan.terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum ustaz . mak saya sudah berkahwin baru di sepadan dengan bapa tiri saya dan dikurniakn 3 cahaya mata dan perkahwinan nya sudah 10tahun tapi belum berdaftar disini . Apa yang saya perlu buat ya untuk bantu mak saya

Unknown berkata...

Assamulaikum..sya org Indonesia suami org Malaysia.sya nak tanya jika sya menikah di siam dan nak mendaftr kan di Malaysia scara sah bleh ke tau sya kena nikah lagi skli/ kena denda

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz..boleh ka sy daftar perkhawinan sy sedgkan suami saya warga sing Yg x punya visa

siti nur aleya berkata...

assalamualaikum ustaz , lepas selesai nikau di thailand apa perlu buat ? mana nk dpt afidavit tu ? dan utk dftr kat pej agama malaysia tu dia ada tnya apa ii ke??

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz,sy sebagai anak daripada ibubapa yg nikah di thailand.ayah sy sakit tenat sebab jatuh barunan,perlu ke dia pergi ke pejabat agama juga,ataupun ibu sy sorang je yg pergi

Unknown berkata...

Mereka berkahwin sudah lama,samapikan sudah ada 8 org anak

Unknown berkata...

Ayah sy berpoligami dan sekarang dia sakit tenat,boleh ke ibu sya buat rayuan untuk menukarkan nama sya dibintikan bapa tampa surat pernikahan malaysia

Unknown berkata...

Kami pun org susah,tak mampu nak bayar denda

Unknown berkata...

Jadi ustaz,sy lahir pada 2008.adakah sy boleh buat rayuan untuk tukar nama bapa sy

Unknown berkata...

Maksud sy,adakah ibu sy boleh buat rayuan untuk tukar nama sy dan adik yg lahir pada 2010 kepada bapa sy menggunakan sijil nikah thailand

Unknown berkata...

Adakah itu salah jpn kerana tidak menerima sijil nikah thailand