Ahad, 1 Mac 2020

Proses Daftar Nikah Luar Negara (Thailand)

Secara ringkasnya, step-by-step amalan pengesahan & daftar nikah luar negara (Thailand) begini;


Pertama: Sediakan afidavit permohonan pengesahan nikah luar negara. Boleh buat di mana-mana pejabat peguam syarie dengan bayaran hanya Rm100.00 sahaja.


Ke-2; Hantar permohonan ini di mahkamah syariah untuk mendapatkan tarikh bicara. Mahkamah akan tetapkan tarikh untuk hadir bicara (dalam masa 1 bulan).


Ke-3; Pasangan suami isteri mesti hadir bicara pada tarikh tersebut. Selesai perbicaraan, hakim akan tetapkan tarikh untuk pasangan datang semula bagi mendengar keputusan (dalam masa 1 bulan).


Ke-4; Suami isteri perlu hadir untuk mendengar keputusan hakim. Di sini, hakim akan mengesahkan pernikahan pasangan. Selepas hakim memutuskan pernikahan tersebut sah, mahkamah akan keluarkan surat perintah daftar nikah (dalam masa 1 bulan).


Ke-5; Pasangan perlu hadir untuk mengambil perintah mahkamah tersebut dengan & bawa ke pejabat agama daerah untuk daftar nikah.


Ke-6; Isi borang daftar nikah luar negara yang telah disediakan oleh pejabat agama. Selepas 1 bulan pasangan perlu datang semula ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah. Sampai di sini, selesailah urusan daftar nikah.


Ke-7; Akhir sekali, pasangan perlu bayar denda atas kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Malaysia. Denda maksimum adalah Rm2,000 bagi setiap pasangan bukan poligami & Rm3,000 bagi setiap pasangan poligami.


*Amalan Daftar Nikah Setiap Negeri Dalam Malaysia Hampir Sama*

Tags: Nikah Kahwin di Siam, Nikah Kahwin di Thailand, Nikah Kahwin di Songkhla.

59 ulasan:

Awanama berkata...

Adakah perlu bernikah semula?

Faiz Muhamad berkata...

Tak perlu nikah semula.

Awanama berkata...

Adakah amalan daftar nikah di negeri Kedah sama dgn amalan dari negeri-negeri lain

Faiz Muhamad berkata...

Hampir sama. Ada sikit perbezaan dari segi tertib susunan (step 1 - step 7) & budi bicara hakim di setiap mahkamah.

Unknown berkata...

Denda masih sama ke bagi negeri2 lain?

Faiz Muhamad berkata...

Masih sama.

Awanama berkata...

Sekiranya xdaftar lebih dr 5 atau 6 tahun berapa denda dia ya...

Faiz Muhamad berkata...

Sekiranya tak daftar, tak dikenakan sebarang denda, walaupun 30 tahun. Sekiranya daftar, denda tetap sama. Maksimum rm1,000 untuk kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran, walaupun urusan daftar dibuat lepas 5 tahun @ 10 tahun. (Berita baik untuk rakyat pahang, buat masa sekarang jabatan agama islam pahang tak kenakan sebarang denda untuk pasangan yg nikah di thailand tanpa kebenaran).

Awanama berkata...

Assalamualaikum ustaz..saya nk tanye untuk daftar semula di malaysia (kedah)dokumen apa yg diperlukan? Klu sekarang border pass yg digunakan hilang (digunakan 5thun lps semasa pergi akad nikah)apa hukuman atau denda yg dikenakan?terima kasih ustaz..

Rafida berkata...

Assalamualaikum ustaz,
Adakah kedua-dua suami isteri perlu hadir pada semua process di atas? Atau semasa perbicaraan sahaja yang mana salah seorang sahaja boleh berurusan utk collection etc.

Terima kasih ustaz.

haidalhaq berkata...

Salam..ustaz, hakim minta kami sediakn afidavit ktrangan..ade contoh x??

haidalhaq berkata...

Afidavit ktrngan brtulis..bkn borg afidavit yg mhkmah bagi..

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tuan/ puan kena buat akuan sumpah di pejabat pesuruhjaya sumpah.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Perbicaraan kali pertama & sesi keputusan suami & isteri mesti hadir. Lain2 bergantung pada permintaan mahkamah.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh buat afidavit di mana2 pejabat peguam syarie yg terdekat. Biasanya bayaran rm30 - rm100. Lebih mudah & lebih selamat. Kadang2 kesilapan teknikal yg sikit pun terpaksa tangguh perbicaraan di mahkamah.

Norsuraya mohd noor berkata...

Assalamualaikum ustaz....sy alamat ic di penang boleh ke daftar di kedah?saya p Ipoh x blh daftar sbb ic penang,,,di penang pejabat agama kena infrom kt isteri pertama,,,klo blh kami nk jg ht isteri pertama tampa memberi tahu dia

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk rahsiakan dari isteri pertama, saya cadangkan tak perlu daftar lagi buat sementara waktu. Bila dah bersedia untuk bgtau isteri pertama nanti baru buat urusan daftar.

Unknown berkata...

Utk cara ke2 tu pasangan suami isteri kne pergi atau slah seorg boleh pergi? Sy nk daftar tp ada msalah nk mntak cuti..

Faiz Muhamad berkata...

Salah seorang suami atau isteri boleh hadir untuk buat pengesahan & pendaftaran nikah walaupun tanpa pasangan.

Awanama berkata...

Salam ustaz. Sekiranya kami kahwin di thai ketika suami dlm proses perceraian dgn isterinya (isteri beliau yg tuntut fasakh). Dan slps kami kawin d thai baru suami selesai urusan perceraian. Bila daftar nikah d msia, perlukah melibatkan isterinya yg dulu bg keterangan sbg poligami atau bgmana ? Kami risau isteri dulu xnak bg kerjasama utk daftar nikah d msia.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan pengesahan nikah mesti dibuat di mahkamah tinggi syariah. Sekiranya si suami sudah bercerai dengan isteri pertama, tak perlu libatkan bekas isteri. Cuma perlu bawak sijil cerai sahaja.

Unknown berkata...

Saya orang negeri sembilan. Jika bicara di pahang. Adakah sy x kena denda?

Faiz Muhamad berkata...

Pengecualian denda buat masa sekarang hanya untuk rakyat negeri pahang yang daftar dalam negeri pahang sahaja. IC mesti alamat negeri pahanag.

Awanama berkata...

Assalam,saya nk nikah poligami,slps daftar adakal mahkamah akan maklumkan pd isteri pertama?Tujuan nikah di thailad adalah utk tidak diketahui oleh isteri pertama. Mohon pencerahan.Tkasih

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Urusan nikah di thailand tak perlu maklum pada isteri pertama. Namun, urusan pengesahan & daftar nikah dalam malaysia mesti melibatkan isteri pertama (kecuali kes tertentu yang diwakili oleh peguam syarie).

Awanama berkata...

Asslmlkum ustaz.sy nak tnya.ada cara lain x utk rhsiakn dr pengetahuan isteri pertama semasa pngesahan dn daftar nikah di malaysia setelah brnikah di thailand?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk rahsiakan dari isteri pertama boleh lantik peguam syarie semasa pengesahan & daftar nikah. Apa pun sebaiknya maklumkan pada kedua-dua isteri status sebenar sama ada sebelum nikah atau selepas nikah. Supaya tidak timbul fitnah, ketidakadilan dari segi nafkah, hak bermalam & lain-lain urusan yang berkaitan dengan harta.

Unknown berkata...

assalammualaikum ustaz, sy nak tanya jika nak daftar nikah dimalaysia soalan2 apakah yg akan disoal jawab ketika dimahkhamah?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Soalan-soalan biasanya berkaitan dengan prosedur akad nikah Majlis Agama Islam Thailand sahaja. Boleh rujuk pada sijil nikah.

Awanama berkata...

Assalamualaikum ustaz. Kenapa ada rakan saya didenda 7ribu sbb bnikah dluar mlysia?nikah di indonesia.dh disuruh bayar dlm masa seminggu.lain ke dendanya klu nikah di indonesia dgn songkla?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaanya KOS GUAMAN + DENDA menjangkau Rm7,000 untuk 1 pasangan. Maksimum denda hanya Rm1,000 untuk setiap kesalahan (sekiranya berkenaan):
1. Nikah luar negara tanpa kebenaran (suami).
2. Nikah luar negara tanpa kebenaran (isteri).
3. Poligami tanpa kebenaran (satu pasangan).
4. Lewat daftar nikah lebih dari 6 bulan (satu pasangan).

Awanama berkata...

assalamualaikum ustaz.. saya nak bertanya, saya lahir di selangor, pasangan lahir di KL .. jika kami bernikah di thailand, adakah perlu kami untuk mendaftar pernikahan kami di malaysia? dan sekiranya perlu, apakah prosedur yang terlibat? adakah kami perlu membayar denda? jika kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan di thailand, ada apa apa tindakan tak yang akan dikenakan kepada kami? kami ingin merahsiakan pernikahan kami daripada pengetahuan ahli keluarga masing2, sekiranya kami ingin bernikah sekali lagi di malaysia (agar rahsia pernikahan di thailand tidak terbongkar), macam mana prosedur nya? adakah memerlukan mas kawin sekali lagi ? terima kasih

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh nikah di Majlis Agama Islam Thailand & tak perlu daftar dalam malaysia. Tidak ada denda kerana denda hanya dikenakan untuk pasangan yang mendaftar sahaja. Nikah adalah sah. Boleh akad nikah semula seperti biasa ikut adat melayu & prosedur kerajaan malaysia sekadar untuk dapatkan sijil nikah malaysia.

Awanama berkata...

Assalamualaikum tuan Faiz, saya dan suami bernikah di luar negara (UK). Suami bukan warga negara Malaysia. Perkahwinan kami didaftarkan di negara tersebut dan kami tak daftarkan di Malaysia. Boleh tak kami gunakan sijil nikah luar negara kami untuk apply Long Term Social Visit Pass?

Unknown berkata...

assalamualaikum ustaz jika sudah bernikah di thailand waktu pendaftaran di pejabat agama perlu bawak wali atau tidak? adakah masih dirahsiakan?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk urusan visa kena rujuk dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaannya mahkamah akan panggil wali untuk pengesahan nikah. Semuanya atas budi bicara hakim semasa urusan pengesahan nikah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan. Yang dimaksudkan dengan kes tertentu tu bagaimana ye? Saya dn pasangan ingin merahsiakan perkahwinan dari isteri pertama kerana ugutan isteri pertama yang ingin menyaman isteri kedua dan saya sebagai suami sekiranya berpoligami. Mohon sedikit pencerahan.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kes yg diwakili peguam tak perlu libatkan isteri pertama.

Awanama berkata...

ASSALAMULAIKUM,

sekiranya suami isteri pernah berkahwin di indonesia yg agak lama, dan tidak pernah mendaftarkan pernikahan secara sah di malaysia bagaimana?

pasangan tersebut mempunyai surat keterangan pernikahan di indonesia,?
isteri adalah pemegang passport dan suami adalah warganegara.
apakah yang patut mereka buat?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Cara terbaik; rujuk dengan pegawai pejabat agama islam daerah terdekat sama ada dokumen lengkap atau tidak. Sekiranya lengkap, boleh buat pengesahan & daftar seperti biasa. Sekiranya tidak lengkap, kemungkinan pasangan perlu akad nikah semula ikut prosedur biasa.

Unknown berkata...

Assalam..ust saya nak tnya..mcm mana nak dapatkan balik surat pengesahan perkahwinan duta ye..surat saya yang tu hilang..surat nikah saja ada

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Kena hadir semula & dapatkan pengesahan baru. Untuk bantuan boleh hubungi saya:0124952275

Awanama berkata...

Adakah sijil cerai daripada pejabat agama Malaysia menjadi document yg wajib utk bernikah di Thailand ustaz? Kerana kawan saya ingin bernikah di Thailand dan utk makluman ustaz pasangan beliau adalah janda. Tetapi proses penceraian pasangannya dengan bekas suami masih dalam kes perbicaraan dan sijil cerai masih tidak dapat. Menurut pasangan beliau bekas suaminya sudah melafazkan talak di depannya tetapi bila perbicaraan berlangsung bekas suaminya menyatakan lafaz cerai tersebut tidak dgn niat dgn sebab utk menyiksa bekas isterinya utk berkahwin lagi. Jika tiada surat cerai tersebut bolehkah proses pernikahan tersebut dijalankan dan adakah pernikahan tersebut sah di sisi agama dan apa document lain yg perlu ada utk proses pernikahan di Thailand itu. Mohon pencerahan daripada ustaz. Terima kasih.

Awanama berkata...

salam ustaz..saya nak tanya kami menikah tahun 2003 & dikurniakan 3org anak..waktu kami nikah suami berstatus suami org..tp skrg dia dh cerai ngan isteri pertama..

kami xdaftar sbb masalah kewangan&rumit..kami hanya ada sijil nikah je..rakan suami yg bawa maksud thailand jd xde apa2 border pass..

skrg kami plan nak daftar nikah dimalaysia..apa yg kami perlu wat dl supaya x rumit&ulang alik banyak kali.

macam mana kalau rupa2nya kami nikah xsah..mcm2 yg sy fikir & takut..

ada x cara & apa2 cadangan ustaz yg leh mudahkan kami daftar sbb kami xde apa2 dokumen

Awanama berkata...

Assalamualaikum ustaz, kalau nikah di thai ni x daftar di malaysia... lepas tu dlm masa 5 tahun bru nikah dgn akad yg kedua boleh ke?? Ada kene denda ape² x.. mohon pencerahan

Faiz Muhamad berkata...

Dokumen cerai wajib ada.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh terus buat pengesahan mahkamah. Sekiranya ada masalah berkaitan dokumen boleh hubungi saya:012-4952275 (faiz).

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh & tak menjadi sebarang masalah. Tak ada apa2 denda.

Awanama berkata...

Assalamuaikum ustaz..
Nak​ tanya​ saya​ nikah​ di​ thailand​ tanpa surat​ kebenaran tapi​ isteri saya​ orang​ thailand.. Sekarang​ nak​ daftar​ di​ malaysia.adakah perlu saya​ bayar​ denda​ dan​ naik​ mahkamah

Awanama berkata...

Assalam ustaz kalau nikah kampung di sabah tahun 2016 boleh daftar di Selangor ka. Kami tiada apa2 dokumen atau sijil sebagai bukti. Jurunikah tu pun kami dah lost contact. Kami dah ada 2 org anak. Rasanya masih boleh daftar atau kena nikah semula.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Mesti melalui proses pengesahan di mahkamah syariah serta bayar denda.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

"Nikah kampung" tanpa wali nasab hukumnya tidak sah.

Pasangan mesti akad nikah semua ikut hukum Islam.

Anak yang lahir akan dikira sebagai anak tidak sah taraf (boleh rujuk JPN).

Awanama berkata...

Assalam.. saya hendak bertanya.. jika wali sudah tahu tentang pernikahan saya di thailand.. dan saya ingin mendaftar nikah di malaysia.. tetapi wali enggan memberi kerjasama.. apa yang perlu saya lakukan?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Perlu buktikan nikah telah sah mengikut rukun & syarat sah nikah. Hakim hanya perlu pengesahan dari wali nasab sekiranya pernikahan wali hakim meragukan.

Unknown berkata...

salam..kami dh 5 tahun brnikah di thailand(isteri kedua)tp smpi skrg blum daftar dimalaysia..

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Mungkin soalan tuan berkenaan berapa jumlah denda daftar nikah selepas 5 tahun?

Jawapannya: tuan perlu tambahan bayaran rm1,000 bagi kes lewat daftar denda.

Atau mungkin soalan tuan sama ada boleh daftar selepas 5 tahun atau tidak?

Jawapannya: boleh. Yang peting, tuan perlu lengkapkan 8 dokumen utama seperti yg sy senaraikan di halaman paling atas blog saya.

Awanama berkata...

Salam tuan. Saya nk tanya, saya dah berkahwin di narathiwat dekat 5tahun lebih dan saya tengah mengandung 5bulan anak pertama kami. Sampai sekarang kami masih tidak daftar perkahwinan kami dekat malaysia. Salinan nikah kami ada 3salinan sahaja. Macam mana cara untuk kami daftarkan perkahwinan kami ni ye?. Anak kami boleh ke di bin binti nama bapa kandung sekiranya kami baru daftar sekarang?.

Awanama berkata...

Assalam Ustaz,

Masih perlukan hadir kursus perkahwinan untuk pendaftaran semula nikah di malaysia selepas nikah di thai?