Khidmat nasihat berkaitan pendaftaran nikah di
Malaysia.
Kami turut menyediakan khidmat daftar nikah bagi setiap pasangan yang telah melangsungkan pernikahan di Majlis Agama Islam Songkhla. Segala urusan akan dikendalikan oleh peguam syarie yang bertauliah mengikut negeri masing-masing.
Urusan daftar nikah ini boleh dibincang dengan pihak kami sejurus selepas selesai semua urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla & urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
42 ulasan:
Salam sy telah nikah di thailnd,suami bkn wrganegara n bstatus poligami.urusan daftar telah slesai n sjil serta kad kahwin telah dikluarkn di mlysia.Namun kmi tlh diminta utk kemukakan surat nikah suami dgn istri prtma utk tjuan pdkwaan.sedangkn surat tsebut di ngara asal brsma istri ptama. Apa yg hrus sy bt jika tidk dpt kmukakn srat tsebut krn suami tidk lg plg kngara dia dn hbgn suami dgn istri ptama jga bmslah.
Wsalam. Pendakwaan tetap akan dibuat seperti biasa walaupun tidak ada surat nikah dgn isteri pertama.
Terima kasih atas jawapan.tetapi sekarang pgawai pyiasat minta saya kemukakan surat nikah isteri pertama. Sedangkan suami sndri tlh bersumpah mnyatakan bpoligami.Apa yang harus sy lakukan..
Wajibkah surat nikah isteri pertama di kemukakan seperti dminta pndakwaraya.jika kami gagal kemukakan adakah tindakan akan diambil kepada suami. Mohon penjelasan pihak tuan.
Tiada apa-apa perbezaan. Pendakwaan tetap akan dibuat seperti biasa walaupun tidak ada surat nikah dengan isteri pertama.
Salam sejahtera . I beragama chinese dan saya ingin berkahwin dgn seorg gadis bangsa melayu dan saya masih belum memeluk agama islam lagi .kami ingin kahwin di thailand . Macam mana cara dia ?
Wsalam. Sebelum akad nikah pasangan yang bukan beragama Islam perlu buat urusan syahadah (memeluk agama Islam) terlebih dahulu. Setelah selesai urusan syahadah (dalam masa 20 minit), pasangan boleh jalankan akad nikah seperti biasa.
Boleh saya tanya, saya nak kawin tapi mak bapak perempuan xsuka.tapi kami tetap jugak nekad nak kawin.boleh x saya menikah di siam dan balik malaysia sy daftar tanpa diketahui ibubapa perempuan.atau pon menikah di malaysia tapi tanpa diketahui ibupapa perempuan?
Sebaiknya perlu bincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak. InsyaAllah ada jalan penyelesaian. Nikah di siam cuma jalan terakhir untuk elakkan diri dari maksiat & dosa sekiranya perhubungan tetap di halang oleh keluarga.
As salam..
Sy sdh berkahwin & b'cdg utk berkahwin seorg lg. Soalan sy :
1. Sy tiada pasport antarabangsa - boleh ke gunakn border pass je utk masuk ke thailand?
2. Mane jln t'dkt utk ke songkhla? Melalui bkt kayu hitam atau kelantan?
3. Sy perlu balik hari. Boleh tak?
Wsalam.
1. Boleh guna border pass/ pas sempadan sekiranya tidak ada apa-apa sekatan perjalanan (blacklisted).
2. Imigresen Bukit Kayu Hitam ke Songkhla paling dekat (70km).
3. Urusan nikah boleh selesai dalam masa 1 hari. Tak menjadi masalah untuk buat urusan nikah & balik terus hari yang sama. Untuk dokumen pengesahan konsul/ kedutaan boleh dibuat kemudian (perlu 2 hari bekerja, Isnin-Jumaat).
Assalamualaikum...ustaz faiz sy nk btnye ...jika nk mndftr nikh di malysia ustaz ade mnyediakn khidmat guaman ke utk pngurusn lebh cepat dan brpe kos utk guaman??
Assalamualaikum...ustaz faiz sy nk btnye ...jika nk mndftr nikh di malysia ustaz ade mnyediakn khidmat guaman ke utk pngurusn lebh cepat dan brpe kos utk guaman??selain tu bole ustaz terangkn adakah mahkamah akn btnye kn ape2 soalan kdpa saya dn suami sekira ye kami dlm prbicaraan atau pown pihak guaman akn urskn
Salam ustaz.. saya ingin bernikah bersama pasangan saya warga syria tetapi mendapat tentangan hebat keluarga.. kami telah berusaha berkali kali utk meyakinkan keluarga tetapi buntu.. soalan saya bolehkah pasangan saya warga syria dan saya(warga malaysia) bernikah di thailand?harap ustaz boleh memberikan penjelasan.. kami sudah buntu.. tq-insan tersepit-
Wsalam. Untuk warga syiria perlu mohon visa dari kedutaan thailand di KL. Lepas dapat visa, boleh teruskan hajat untuk nikah di majlis agama islam thailand yang diiktiraf & daftar dalam malaysia ikut perundangan.
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanye. Wali saya iaitu bapa kandung dan abang kandung tidak mau mewalikan saya. tetapi saya igin meminta consent dari bapa kandung sebab itu adalah salah satu hukum nikah. Jikalau saya igin menikah di Thailand kelak, Kadi akan meminta izin dari wali saya dahulu untuk memastikan wali saya enggan mewalikan saya. sebab saya tidak ingin melanggar hukum nikah sehingga nikah itu tidak sah.
Salam ustaz,jika tiada wali bapa meninggal dan terputus hubungan, adakah susah mendapatkan wali hakim di Msia,jika nikah di Thai,bila diMsia masa daftar nikah berapa denda dikenakan?
Salam ustaz, sy ingin berkhawin tp pasangan warga india dn sy warga malysia, sy nak tahu apa proses kahwin di thailand,bagaimana pula denda balik malaysia,
Waalaikumussalam. Majlis agama islam thailand akan pastikan akad nikah ikut rukun & syarat sah nikah mengikut mazhab syafie.
Wsalam. Prosedur akad nikah di malaysia mesti cari wali sekurang2nya 3 bulan mengikut kaedah yg sudah ditetapkan oleh jabatan agama.
Akad nikah di thailand guna wali hakim. Denda maksimum rm1,000 (rujuk muka hadapan).
Wsalam. Proses akad nikah sama sahaja seperti warga malaysia. Denda juga tetap sama (boleh rujuk muka hadapan).
Salam Ustaz.
Saya ada 1 soalan ni..saya nak nikah di Thailand...lepas tu balik Malaysia kena denda tak bila buat pendaftaran?
Soalan kedua.Berapa KOS kesemua darpd nikah hingga ke denda di Malaysia?Bajet 5K cukup tak ustaz?
Wsalam. Rm5,000 dah cukup untuk urusan nikah di thailand + urusan daftar dalam malaysia + denda siap semua. Untuk bantuan A - Z boleh hubungi saya: 012-4952275
Assalamu'alaikum wr...maaf saya nak tanya...saya dan isteri dah nikah di thailand dan dah dapat surat sah nikah dari mahkamah untuk daftar di malaysia..dah 2 tahun lebih xselesai lagi sampai sekarang kami masih belum dapat surat nikah malaysia...jadi masalah lagi isteri ada lelaki lain...kami dah tak sehaluan...apa yang saya perlu buat ustaz?nak cerai tapi bimbang kena pergi tuntut cerai di thailand semula sebab sijil nikah malaysia kami masih belum dapat lagi...masing2 dah tawar hati...tolong saya ustaz..
Waalaikumussalam.
Sekiranya urusan daftar nikah dalam Malaysia telah selesai, mesti buat permohonan cerai dalam Malaysia sahaja.
Sekiranya urusan daftar nikah masih belum selesai, boleh buat urusan cerai di Majlis Agama Islam Thailand sahaja.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian: 012-4952275 (Faiz)
Assamualaikum..maaf nk tnya..saya dh menikah di thailand tp tak daftar di kedutaan malaysia di thailand..skrg dlm proses daftar nikah di malaysia..hakim mahkamah syariah minta saya dafar kn nikah saya trlebih dahulu di kedutaan..sama ada kedutaan malaysia di thailand atau pn kedutaan thailand di malaysia..blh ke kalau saya nk daftar di kedutaan thailand di malaysia
Waalaikumussalam. Untuk daftar dalam malaysia WAJIB dapatkan dokumen pengesahan dari pejabat konsulat malaysia di songkhla. Untuk maklumat lanjut atau prosedur dapatkan pengesahan dokumen boleh hubungi saya di talian 012-495 2275 (faiz).
Asslamualaikum ustaz
Assalamualaikum ustaz nk tanya la kalu dah nikah kat thailand lepas tu nk isi borang nikah nk daftar kat malaysia balik kan, yg dekat bahagian status tu kena isi dah berkahwin ke...maaf ye confius
Aslm ustaz.. mohon bantuan. Sya nk nikah dgn pasangan mualaf..dan ingin nikah sah disisi undang2 n syarak.bole bgi panduan.
Assalamualaikum,,,
Sy Nurul bru je blik nikah di satul,
Dokumen nikah n cop pengesahan konsulat
Semua dah sedia,,,
Masalah kami skrg ni takut hendak berdaftar di kl, ramai yg menyatakan akan kena denda rm2000,betul ke?
Assalamualaikum,,,
Sy Nurul bru je blik nikah di satul,
Dokumen nikah n cop pengesahan konsulat
Semua dah sedia,,,
Masalah kami skrg ni takut hendak berdaftar di kl, ramai yg menyatakan akan kena denda rm2000,betul ke?
Assalamu'alaikum ustaz, saye dan teman lelaki ingin berkahwin. Kedua-dua ibu bapa kami telah berbincang. Setelah pulang, ibu bapa saya menyatakan bahawa mereka tidak menyokong untuk saya berkahwin dengan teman lelaki saya atas alasan mereka tidak suka melihat kehidupan ibu bapa teman lelaki saya yang kurang berharta dan teman lelaki saya yang belum hafiz al-quran serta memiliki taraf pendidikan yang tifak setaraf dengan saya. Namun teman lelaki saya memiliki sifat yang amat menyenangkan hati saya. Persoalan saya, bagi kes ini, jika kami nikah di Thailand adakah selepas pulang ke Malaysia nanti urusan denda kami tinggi kosnya dan lama tempohnya? dan berapa harga untuk kos pakej nikah thailand dua hari serta siap semua urusan apabila pulang ke Malaysia ?
Assalamualaikum ustaz, sy nk brtnya..sy dan suami dah brkahwin 3thn lalu di mjlis agama narathiwat (status poligami ketika itu)..tp kami tidak brdaftar di Konsulat songkla..yg ada hanyalah Dokument surat nikah dan pasport...ketika ini suami sudah bpisah dgn isteri pertama..bolekah sekiranya kami brkahwih semula di malaysia atas prmintaan klurga atau hanya perlu daftar prkhwinan di malaysia?mohon sedikit pengesahan ustaz..terima kasih
Bagaimana dgn kad muallaf?
Pakej 2hari 1malam bajet keseluruhan brapa?
salam ustaz..boleh ke berkahwin di thailand ats sbb pernah terlanjur kmi dh knl lama pasangan telah beri thu knpa si ibu untuk berkahwin tpi si ibu berkata tk yh mengarut krana masih muda tnpa pengathuan si ayh kerana ayahnya garang..saya mahu bernikah tpi tnpa pengathuan sebelah keluarga perempuan..saya mahu bertangunghwb tpi yg perempuan tidk mahu beri tahu knpda kluarganya...dn mahu khwin saja di thailand untuk menghalal kn hubungan.dan selaps hbis belajar 2 tahun lagi..boleh kah kami bernikah semula di malaysia..dgn berwali ayah si perempuan semula..tnpa pengatahuan nya yg kami pernh kahwin di thailand..
Salam.ustad....sya brminat utk tahu harga dan pakej yg ustad anjurkn....berapa harga pakej nikah d songkla n bp harga pula urusan d malaysia.sehingga selesai hal.mahkmah d mlaysia
Slm..sya sya telah berkahwin d padang besar perlis..tetapi alamat Surat nikah beralamat di Songhkla..adakah Surat nikah it,palsu?..
Saya bercadang utk bercerai,tetapi msalahnya Surat nikah itu tidak berdaftar d Malaysia dn menyukarkan proses pndaftaran penceraian.
Mohon penyelesaian utk msalah sya
Slmt pg ustad, sy india berasal dr Malaysia dan ingin berkhawin dng mama muslim yg berasal dr india ,sy nak tahu syrat nikah yg sah dan apa dokumen yg perlu km sediakan.
Salam, Saya Masalah Tak Dapat Keluar Negara, Ada Cara Lain?
Catat Ulasan