Ahad, 1 Januari 2012

Pakej Pernikahan Di Thailand 2012

PAKEJ NIKAH SIAM

Encik Faiz Bersama Imam Jurunikah & Pasangan
Selepas Selesai Upacara Akad Nikah

Pakej yang ditawarkan termasuk:


1) Pengangkutan pergi dan balik.
2) Penginapan dua hari satu malam.
3) Makan tengah hari untuk pasangan.
4) Bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla.
5) Bayaran kepada Imam jurunikah (Qadhi).
6) Bayaran kepada 2 orang saksi (Naib Qadhi).
7) Bayaran kepada Konsulat Jeneral Malaysia.
8) Bayaran fotostat semua dokumen
9) Gambar dan video
10) Khidmat nasihat pendaftaran nikah luar negara.

Segala proses pernikahan yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang  telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia


Proses Nikah di Thailand


Pihak kami akan membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS). Perkahwinan akan berlangsung di MAIS sejurus selepas tiba di sana. Dalam tempoh 30 minit selepas perkahwinan, MAIS akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.

Selepas itu, kami akan membawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Bandar Songkhla untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Selepas makan, pasangan akan terus pergi ke hotel yang terletak di Hatyai atau Songkhla.

Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan dan terus ke Pejabat Konsulat untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai segala urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Malaysia melalui imigresen Bukit Kayu Hitam.


Dokumen yang Perlu Dibawa ke Thailand


Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Kad pengenalan
2) Pasport atau Pas Sempadan
3) Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
4) Bawa videocam (kamera atau telefon berkamera)


Keperluan Visa untuk memasuki Thailand


Rakyat ASEAN dan negara-negara tertentu tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand. Sila buat semakan di kedutaan Thailand di Malaysia tentang keperluan visa bagi pasangan yang bukan berasal dari negara ASEAN.

Penduduk negara-negara berikut mungkin perlu kembali ke negara mereka untuk membuat visa sebelum ke Thailand; Afghanistan, Algeria, China, Egypt, India, Iran, Iraq, Lebanon, Libya, Pakistan, Palestine, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Yemen.


Pemilihan Tarikh Pernikahan/ Perkahwinan


Pilih tarikh mana-mana dua hari bekerja untuk nikah di Thailand supaya pasangan boleh balik dengan dokumen yang lengkap iaitu; surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam serta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Sekiranya pasangan menghadapi kesukaran untuk pergi pada hari bekerja, pasangan boleh pergi pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) atau cuti umum untuk urusan nikah terlebih dahulu, manakala urusan surat pengesahan Konsulat Malaysia boleh dibuat kemudian. Pihak kami akan menguruskan surat pengesahan tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja.


Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1) Pernikahan itu mengikut rukun nikah
2) Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0


Keputusan Persidangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Mesyuarat memutuskan bagi perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran bernikah dari JAIN,  semua pihak sama ada di Malaysia mahupun di Selatan Thailand hendaklah memastikan perkahwinan yang dijalankan mengikut hukum syara’ dalam masa sama hendaklah mempunyai dokumen-dokumen utama seperti mempunyai dokumen keluar masuk sempadan Malaysia – Thailand yang sah, perakuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand, serta sijil nikah yang sah dari Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Thailand.

(Dipetik daripada portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -http://www.islam.gov.my/bila-dua-kuasa-duduk-bersama)

Tags: Nikah Kahwin di Siam, Nikah Kahwin di Thailand, Nikah Kahwin di Songkhla.

3 ulasan:

Amiera yOurie berkata...

Assalamualaikum .. nk tanya ..betul ke lepas nikah di thailand .. kembali daftar dimalaysia akan dikenakan denda ?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Denda bergantung pada budi bicara di pejabat agama.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..kalau ada masalah imigresen sbb hutang ptptn, memang x bkh keluar untuk nikah di songkhla?